≡ Menu

Keistimewaan Buah Delima Yang Tercatat Dalam Al-Quran Dan Hadis. Subhanallah

MENGAPA DELIMA

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:

Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

BACA:  4 Kebaikan Biji Selasih Yang Kita Jarang Jarang Tahu

(Al-An’am : 99)

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas .

(Al-An’am : 141)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut

(Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga

(Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ada sejumlah atsar hadis tentang buah delima yang dinisbahkan kepada Rasullah S.A.W atau kepada keluarga baginda. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang Bermaksud:
Buah Delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.

BACA:  Obesiti! Ini Puncanya Kenapa Negara Malaysia Kerap Tersenarai No.1 Di Asia

Baginda bersabda:

Adam, buah kurma, buah anggur, dan buah delima diciptakan dari satu jenis tanah

Baginda bersabda:

Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari.

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut diliputi dengan kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.