≡ Menu

Keluarga Yang Bahagia Datang Daripada Solat Yang Terjaga

Rumah tangga diibaratkan seperti air laut yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Tidak semua hari yang berlalu akan dilalui dengan perasaan gembira. Kadang, wujud juga permasalahan dan konflik yang boleh menyebabkan rumah tangga sedikit bergolak.

Disebabkan itu, pasangan suami isteri perlu meletakkan peranan masing dalam rumah tangga agar ia tidak mudah karam.

Setiap masalah yang dilalui pasti boleh diselesaikan. Jika setiap kali tercetusnya perbalahan kemudian akan diiringi dengan keputusan untuk berpisah, itu bukanlah cara yang terbaik.

Perpisahan juga adalah jalan keluar kepada masalah tersebut, namun ia adalah jalan terakhir yang perlu diambil. Selagi mampu dielakkan, maka lebih baik elakkannya.

Ada satu tips yang sering dikongsikan oleh pakar-pakar motivasi terutamanya mengenai rumah tangga, iaitu dengan mengamalkan solat berjemaah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sekurang-kurangnya peruntukan satu waktu solat setiap hari untuk sama-sama berjemaah. Namun, jika tidak mampu atau terdapat kekangan lain yang tidak boleh dielakkan, boleh sahaja peruntukan masa seminggu sekali atau sebulan sekali.

Mengapa ia sangat penting? Banyak sebenarnya kelebihan buat pasangan dan ahli keluarga yang menunaikan solat berjemaah, antaranya;

#1 – Menambah keakraban dan kasih sayang – Solat berjemaah ini bukan sahaja sewaktu dalam solat, namun sebelum dan selepas solat juga.

BACA:  Menjadi Pemimpin Itu Tanggungjawabnya Besar. Bukan Medan Mengumpulkan Harta, Sebaliknya Untuk Menabur Bakti

Sebelum solat, si suami bolehlah mengajak ahli keluarga untuk sama-sama berjemaah dengan ajakan yang berhemah.

Selepas solat pula, hiasi ia dengan zikir atau sedikit pesanan ringkas kepada ahli keluarga anda.

#2 – Berkumpul bersama ahli keluarga

#3 – Mengatur solat di awal waktu

#4 – Mendidik ahli keluarga berkenaan kepentingan solat

#5 – Menghidupkan sunnah

#6 – Salah satu cara dakwah kepada ahli keluarga

Jadi, bagaimana cara anda menghidupkan solat berjemaah bersama ahli keluarga anda?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.