
Pandemik yang berterusan ini mengakibatkan kehidupan kita berhenti seketika, sehingga ramai mula mengalami kemurungan.
Penyakit ini boleh mengubah bukan saja jiwa tetapi juga badan. Ia mempengaruhi kesihatan fizikal dan menyebabkan penyakit serius yang lain, jika tidak dirawat.
Fungsi buah pinggang merosot
Kemurungan mempengaruhi kedua-dua orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan mereka yang mempunyai buah pinggang yang sihat.
Salah satu sebab yang mungkin berlaku ialah peningkatan protein keradangan yang mencetuskan proses autoimun.
Diabetes
Kemurungan meningkatkan tahap hormon stress dan boleh mempengaruhi tahap gula darah dan daya tahan insulin. Jadi, orang yang menghidap diabetes lebih cenderung menderita kemurungan.

Risiko serangan jantung
Orang yang menderita kemurungan boleh mengalami tekanan darah tinggi dan peningkatan degupan jantung, ini semua boleh menyebabkan penyakit jantung. Hormon tekanan juga boleh memberi kesan negatif pada jantung.
Masalah dengan saluran darah
Berkait rapat dengan bahaya bagi jantung. Tekanan darah tinggi mengurangkan aliran darah di saluran, ia mengecut dan menjadi rapuh. Keadaan ini menyebabkan ia tidak dapat membawa nutrien dan oksigen yang mencukupi ke sel dan tisu.
Masalah ingatan dan sakit kepala
Kemurungan boleh menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek dan kekeliruan. Keadaan ini menjadikan orang pelupa dan menghalang kemampuan mereka untuk berkonsentrasi.
Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala yang berdenyut kronik, yang disebut “sakit kepala ketegangan,” yang datangnya dalam bentuk denyutan ringan terutamanya di sekitar kening.
Pesanan bad mood boleh berlaku pada semua orang dan tidak semestinya bermaksud gangguan jiwa. Tetapi jika anda menjalani beberapa gejala kemurungan, sebaiknya berjumpa doktor.
