≡ Menu

Kemusnahan Di Dunia Ini Adalah Berpunca Dari Tangan Manusia Itu Sendiri

Menangis sanubari mengenangkan peristiwa terjadi di sekeliling kita dengan ujian penyakit berjangkit, gempa bumi, banjir, gunung berapi dan banyak lagi malapetaka bencana alam menakutkan jiwa dan perasaan. Peristiwa seperti ini menyedarkan kita bahwa bumi sudah tua dan sakit, sedang kita sudah di akhir zaman.

Menangis jiwa nurani melihat telatah masyarakat yang seakan tidak mengerti bencana-bencana ini banyak berpunca daripada tangan-tangan manusia. Perubahan cuaca dan iklim yang ekstrim dan tidak menentu, penyakit-penyakit yang baharu dan lain-lain sewajarnya memberi persoalan dan keinsafan besar dalam fikiran manusia yang berakal dan hati yang hidup.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Kita juga sering mendengar Hadis tentang akhir zaman semisal;

لا تقوم الساعة حتى يُقبض العلم، وتكثر الزلازل، ويتقارب الزمان، وتظهر الفتن

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah hilangnya ilmu, banyak terjadi gempa, waktu seakan berjalan dengan cepat, dan timbul berbagai macam fitnah.” (HR Bukhari).

BACA:  Nak Buat Penyembelihan? Ketahui Rukun Penyembelihan Dalam Islam

Ibn Hajar Al-Asqalani menjelaskan bahwa gempa bumi terjadi hampir di seluruh penjuru bumi. Dalam kitabnya yang berjudul Fath al-Bari, dia berkata:

قوله وتكثر الزلازل قد وقع في كثير من البلاد الشمالية والشرقية والغربية كثير من الزلازل ولكن الذي يظهر ان المراد بكثرتها شمولها ودوامها

“Sungguh gempa bumi banyak terjadi pada negara-negara di utara, timur dan barat, namun yang nampak dari maksudnya lafaz ‘banyak’ adalah mencakup keseluruhan dan terjadi terus-menerus.”

Sumber: islamweb

Apa sikap kita terhadap ayat suci al-Quran dan hadis-hadis ini?

1. Bertaubat, Insafi diri dan terus melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

2. Takut akan azabNya yang pedih dengan menjauhi seboleh mungkin maksiat dan dosa.

3. Berusaha memelihara kebersihan dan kesihatan diri, alam sekitar dengan melakukan segala yang termampu mengikut kapasiti masing-masing.

Lihat sekeliling kita, pesan pada ahli keluarga dan rakan-rakan kita tentang perkara ini. Jangan biarkan mereka terus hanyut dengan keindahan dunia yang penuh hiburan, permainan dan senda gurau. Apakah jiwa kita sudah kosong menyaksikan kemusnahan alam dan kedahsyatan bencana tetapi masih berterusan bergelumang dengan kemaksiatan?

Firman Allah SWT:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

BACA:  Doa Ketika Mencapai Umur 40 Tahun. Adakah Yang Dianjurkan Dalam Islam?

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah al-Hadid (20)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.