≡ Menu

Kenapa Islam Menyarankan Kita Agar Berkhatan. Ketahui Kebaikan Dari Sudut Kesihatan

Ayuh ketahui manfaat berkhatan kepada kesihatan.

Bagi kanak-kanak yang telah berkhatan, bersunat atau masuk jawi sering dikaitkan sebagai ‘sudah cukup umur’ atau masuk ke alam dewasa.

Berkhatan merupakan prosedur pembedahan membuang bahagian kulit yang menutupi kepala zakar (kulup) bagi lelaki. Bahagian kulup dibebaskan daripada kepala zakar dan kulup yang berlebihan dipotong.Bagi perempuan pula, prosesnya adalah pemotongan bahagian kulit di atas saluran kencing (klitoris).

Selalunya proses ini mengambil masa dalam lima hingga 10 minit sahaja. Tambahan lagi dengan proses berkhatan yang semakin moden dan penggunaan alatan canggih kini, sangat memudahkan selain mengurangkan rasa sakit serta mempercepat proses pemulihan.

Umat Islam di negara ini, melakukan khatan kepada anak lelaki sekitar usia 7-12 tahun. Bagi anak perempuan pula, ada yang dibuat selepas tempoh berpantang atau semasa bayi berumur tiga atau enam bulan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pun begitu, berkhatan sangat sinonim dengan adat tradisional yang semakin kurang diamalkan pada ketika ini. Rata-ratanya lebih memilih cara moden di klinik atau hospital yang lebih mudah diuruskan.

Hukum berkhatan atau bersunat ini adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W;

 “Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

Mengapa setiap anak perlu dikhatan, dan Islam mewajibkannya? Mari ketahui manfaat dan faedahnya kepada kesihatan;

BACA:  Reaksi Tun M Tentang Isu Serbuan Khalwat

1. Kebersihan Alat Kelamin Lebih Terjamin

Prosedur bersunat akan membuatkan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau ‘prepuce’ dibuang.

Lapisan kulup sebenarnya mudah dijangkiti bakteria jika tidak dijaga dengan betul dan mengakibatkan pelbagai penyakit dan memudaratkan. Apabila lapisan ini dibuang, lebih mudah bagi lelaki untuk menjaga kebersihan diri. Hal ini bertepatan dnegan saranan Islam yang sangat  mementingkan kebersihan seiring dengan keimanan sebagai seorang muslim.

2. Mengelakkan Penyakit Kanser Zakar

Kanser zakar atau penile carcinoma antara risiko utama kepada golongan yang tidak bersunat. Penyakit ini menyerang secara senyap dan hanya dapat dikesan apabila seseorang berasa sakit pada bahagian zakar.

Kajian pertama pada tahun 1932 di Amerika Syarikat mendapati daripada 1103 kes, hanya orang Yahudi yang berkhatan tidak mendapat penyakit itu.

Foto Kredit: Ohbulan

3. Kanser Serviks Dapat Dicegah

Kanser serviks antara penyakit utama yang amat ditakuti oleh golongan wanita. Namun begitu, wanita yang telah berkahwin dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit kanser serviks, kerana virus human papilomavirus atau HOV tidak dapat menjangkiti wanita jika pasangannya berkhatan.

BACA:  Rasa Dah Pantang Makan Manis, Tapi Hairan Paras Gula Masih Menanak. Ini Puncanya!

Selain itu, golongan wanita juga terlindung daripada penyakit dysplasia serviks, herpes, sifilis dan chlamydia jika berkhatan.

4. Dapat Menjauhi Jangkitan Saluran Kencing

Kajian Canadian Medical Association Jurnal tahun 2012 melaporkan, kanak-kanak yang berkhatan mendapat dua faedah kesihatan, iaitu melindungi diri daripada jangkitan pada saluran kencing dan kedua, tidak akan mendapat jangkitan pada buah pinggang mereka.

5. Mencegah Penyebaran Virus HIV

Walaupun belum dapat dipastikan bagaimana ini berlaku, kajian penyelidik mengaitkan berkhatan dengan pengurangan kadar jangkitan virus sehingga 60%.

Tisu-tisu pada zakar akan mengalami perubahan dan membina sistem imunisasi yang mencegah penyakit HIV, sekaligus menyembuhkan bahagian zakar jika berlaku radang. Sistem imunisasi ini juga sangat membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman HIV.

Penutup: Berkatan Itu Tanda Kebersihan dan Kesucian

Islam agama yang mementingkan kebersihan dan kesihatan, maka dengan itu disyariatkan umatnya untuk berkhatan. Kajian sains juga terbukti dan mengakui kesan yang sangat baik jika berkhatan.

Begitulah Islam, yang menjaga umatnya dalam segenap perkara dalam kehidupan walaupun dalam sekecil-kecil hal, namun kesannya sangat positif dan tidak sia-sia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.