
Seorang lelaki tanya saya kenapa isterinya asyik suka nak marah marah dan asyik buat muka jer Ramadhan ni dan suka membebel dan tanya soalan bukan-bukan. Tak retilah saya ustaz. Saya tak fahamlah kenapa memang perempuan macam tu ke? Sakit kepala saya saya..macam mana saya nak buat?
Senang jer abang. Bila sampai rumah bertenang. Bila isteri nampak takde mood senang jer. Sebenarnya mereka bukan marah. Apa yang mereka nak cakap sebenarnya begini,
“abang saya penat, letih dan teramat dahagakan cinta dan pelukan abang. Saya rindu abang. Saya perlu pertolongan abang. Jadilah pendengar buat saya. Pandanglah saya..Saya takde sesiapa dah. Saya sayang abang seorang jer..peluklah saya. Bantulah saya. Layanlah saya. Berbual lah dengan saya”
Jadi nak pujuk isteri saya selalu setiap malam saya balik ceramah lewat dan tengok isteri tak sihat atau tak sambut saya. Saya terus pergi bilik dan picit kakinya. Cuba buat isteri gembira. Peluk mereka. Sayangi mereka. Sambil kata maafkan abang. Abang sibuk. Cian sayang jaga dan urus rumah dan anak seorang diri. Terima kaseh sayang sebab jaga anak-anak abang..hanya Allah yang membalasnya. Maafkan abang. Abang benar-benar minta maaf.
Kedua bantu kemas rumah atau dapur. Bantu tengok kain-kain yang belum terurus. Atau bantu kemas rumah jika bersepah..
Ketiga layan anak-anak. Bantu anak-anak. Bukan tanggungjawab isteri seorang ajar anak belajar dan mengaji. Bersama didik anak-anak. Layan dan bermain dengan anak-anak.
Banyak pasangan hari ini suami isteri sama-sama bantu bekerja. Dua-dua bekerja. Dua-dua sibuk. Dua-dua puasa. Dua-dua penat. Tapi isteri habis kerja cepat-cepat balik rumah uruskan rumah dan anak-anak kerja yang tak pernah selesai. Siapkan berbuka dan sahur..
Di mana kita suami masa tu? Kitakan manusia biarlah kita ada perasaan sayang dan kasihan pada isteri. Bantulah juga masa berbuka dan sahur..isteri bukan khadam atau orang gaji kita. Bayangkan mak atau anak perempuan kita nanti.
Seterusnya bawa isteri buat Ta’lim. Solat malam sama-sama. Kita Tarawih di Masjid. Isteri pengsan jaga anak-anak kecil di rumah. Pahala mereka besar. Kita kena khidmat mereka. Semua orang soleh terutama Rasulullah saw orang paling rajin ketika berada di rumah. Paling disenangi. Dan suka bergurau dengan ahli keluarga.
Oh itu yer maksudnya ustaz. Yer hanya tu maksud isteri tu. Dia bukan marah atau nak menyakitkan kita. Cuma kerana rindu belaian kasih sayang, bantuan, sedikit penghargaan dari suami.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
