≡ Menu

Kenapa Kalau Makan Kacang Je Mesti Rasa Angin Satu Badan? Ini Petua Mengurangkan Angin

Memang sedap mengunyah kacang kuda di ruang tamu sambil santai tengok drama dekat televisyen. Nak tahu tak? Kacang kuda adalah sejenis kekacang yang bulat saiznya dan biasa kita lihat warnanya krim-krim kuning macam tu.

Tapi mesti ada yang dah tahukan selain memberikan pelbagai nutrisi dan khasiat pada tubuh badan, banyak sangat makan kacang kuda boleh buat badan kerap keluarkan kentut sampai takut nak sentuh lagi.

DAN KENAPA IANYA BERLAKU?

Tumbuhan kekacang (legumes) seperti kacang kuda ini mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligosakarida yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.

Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan kacang ini kurang kentut dan kini kerap pula kentutnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Disebabkan ketiadaan enzim khusus ini, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.

Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.

Selain daripada terhasilnya gas, fermentasi oligosakarida ini juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids -SCFA) yang baik untuk kesihatan usus.

Menariknya, sesetengah individu tidak akan kentut disebabkan memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.

KENAPAKAH KENTUT BERBUNYI?

Kentut berbunyi disebabkan oleh getaran otot dubur semasa gas-gas ini dikeluarkan. Bunyi kentut yang kuat adalah disebabkan oleh isipadu gas yang besar sekaligus menerjah keluar.

KENAPAKAH KENTUT BERBAU BUSUK?

Bau dan jumlah kentut adalah berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan tahap kesihatan. Makanan yang boleh menyebabkan kentut berbau adalah makanan yang tinggi kandungan sulfur yang menghasilkan gas hydrogen sulfide (bau tembelang). Contohnya

  • Telur
  • Kubis
  • Keju
  • Bawang
  • Durian

Bau kentut yang busuk juga disebabkan oleh najis yang terkumpul dalam rektum.

TIPS MEMUDAHKAN PENGHADAMAN KARBOHIDRAT KOMPLEKS:

1. RENDAM MAKANAN JENIS KEKACANG

Rendam secukupnya makanan jenis kekacang ini terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasak dan penguraian karbohidrat. Ini akan mengurangkan aktiviti fermentasi oleh bakteria.

BACA:  Tidak Membatalkan, Tetapi Mengurangkan Pahala Puasa. Ini Perkara Yang Sia Sia Yang Perlu Kita Elakkan

2. KUNYAH MAKANAN JENIS KEKACANG LAMA-LAMA

Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.

3. KURANGKAN AMBIL MAKANAN TERPROSES & GULA TERSEDIA

Kurangkan pengambilan makanan terproses dan gula tersedia (gula putih, sirap tinggi fruktosa). Ini boleh mengurangkan populasi bakteria baik dalam usus.

4. TAMBAHKAN MAKANAN DIFERMENTASI YANG MENGANDUNGI MIKRO BAIK

Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yogurt, tempoyak, cencaluk, tapai…untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus. Perlu diketahui bahawa probiotik ini biasanya akan mati dengan suhu memasak. Maka, eloklah diambil mentah.

5. AMALKAN SENAMAN YANG BERSESUAIAN

Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.