≡ Menu

Kenapa Madu Hanuka Mahal? Kerana Khasiatnya Bukan Calang Calang!

Anda pernah mendengar tentang ‘Manuka Honey’? Kalau dah tahu, dah pernah rasa? Kalau ya, anda adalah individu paling beruntung sekali.

Berbeza daripada madu yang lain, ternyata Madu Maduka punya khasiat berlipat kali ganda yang cukup istimewanya, selain harganya cukup membuatkan anda berfikir banyak kali untuk membelinya.

Kenapa Mahal?

Madu Manuka dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand dan Australia.

Spesies berbeza tumbuhan itu tumbuh di bahagian lain dunia namun ia tidak menghasilkan bunga diperlukan dalam pembuatan madu, menjadikan Manuka lebih mahal dengan balang kecil dijual sehingga ratusan dolar.

Selain itu, ada juga perkara lain yang menjadikannya mahal. Bunga Manuka hanya berkembang selama beberapa minggu setahun sehingga pengeluaran madu yang dihasilkan sangat terbatas.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Khasiat Madu Manuka

Madu Manuka popular kerana kandungan dan nutrisi yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, dari penyakit ringan hingga yang serius. Jika madu biasa mengandungi besi, kalsium, kalium dan beberapa jenis vitamin B, madu Manuka miliki khasiat lain yang bermanfaat.

Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Manuka mempunyai kelebihan yang tiada pada madu lain iaitu mengandungi agen antibakteria “UMF”.

Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria.

Namun begitu Manuka mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor).

BACA:  Masih Ada Wudhu, Tiba Tiba Tangan Dijilat Kucing. Ini yang Ramai Orang Silap

Kombinasi kedua bahan anti bakteria dalam Manuka ini dibuktikan bertindak bersama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia.

Ramai orang menggunakan madu Manuka sebagai suplemen semulajadi untuk mengekalkan sistem imun dan sumber tenaga.

Kaya dengan nutrien, madu Manuka berkesan dalam meredakan gangguan pencernaan, jangkitan bakteria untuk merawat luka dalam usus besar yang disebabkan oleh penyakit radang kronik.

Madu manuka juga boleh merawat sinusitis untuk melawan plak pada gigi. Bukan itu sahaja, madu Manuka juga digunakan secara meluas sebagai bahan penjagaan kecantikan, seperti pembersih muka dan topeng muka.

Harga sebotol madu Manuka juga bergantung pada kadar UMF dan jenamanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.