≡ Menu

Kenapa Masak Lemak Cili Padi Merupakan Makanan Yang Sihat? Ketahui 3 Fakta Tentangnya

Itulah kata-kata yang terlintas bila penulis melihat perkongsian Dr Norman Norawi di laman Facebook tentang ‘Masak Lemak Cili Api’ yang dikatakan makanan berkhasiat.

Kenapa Masak Lemak Cili Api, makanan yang sangat sihat?

Kata doktor, santan bukan punca kolesterol tinggi dan menyebabkan sakit jantung. Santan kelapa sangat sihat dan mempunyai bahan ‘rantaian trigliserida sederhana’/medium chain triglyceride (MCT) iaitu Asid Laurik yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan berat badan.

BACA:  Sahkah Mandi Junub Dengan Berendam Dalam Tab Mandi? Ini Penjelasan Dari Sudut Hukum

Kunyit hidup yang digunakan dalam masakan ini juga mempunyai anti oksidan Curcumin yang boleh mencegah pelbagai penyakit dan kanser. Cili api pula mempunyai anti oksidan Capsaicin yang bersifat anti keradangan dan juga kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.

Jika masak dengan ikan pula akan memberikan khasiat Omega 3 yang baik untuk jantung. Dicampur lagi dengan sayur seperti nangka, rebung, peria, maka ia akan menambahkan serat dan vitamin di dalamnya. Bahkan jika ditambah bawang merah atau putih akan menambahkan lagi khasiat nutrisi dalam masakan ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jadi apa kata anda? Setuju dengan penjelasan doktor? Setiap makanan ada baik dan buruknya. Makanlah jika anda suka asalkan berpada-pada. Ingat untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersenam dan banyakkan mengambil sayuran hijau dan buah-buahan.

BACA:  Jom Amalkan Bendi, Patutlah Selalu Nampak Kedai Nasi Kandar Hidang. Rugi Tak Ambil

Selamat Beramal!

Sumber 1, 2

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.