≡ Menu

Kenapa Mata Kita Gatal Dan Tidak Selesa? Ketahui Puncanya

183538836

Iritasi mata boleh menjadi tanda alahan atau keadaan mata yang serius. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan tindak balas terhadap alahan, jangkitan, atau kerengsaan yang memerlukan perhatian.

Sekiranya tidak dirawat atau diabaikan, ini boleh menyebabkan komplikasi mata yang serius. Tanpa rawatan yang betul, kerosakan mata boleh menyebabkan kehilangan penglihatan separa atau bahkan buta kekal.

Jadi kenapa mata kamu alami gatal-gatal dan tidak selesa?

Mungkin Kerana Alahan

Sebilangan besar orang yang mengalami alahan mengatakan serangan mereka datang dengan kerengsaan mata, seperti rasa gatal, terbakar, kemerahan, dan keputihan, yang dikenali sebagai alahan konjungtivitis.

Terdapat banyak penyebab alahan, termasuk makanan, serandan serangga, getah, binatang peliharaan, dan ubat-ubatan.

Jangkitan Bakteria Dan Virus

Bakteria dan virus hidup di sekitar kita, dan kadang-kadang ia masuk ke mata kita, di mana boleh menyebabkan masalah. Kebersihan asas langkah terbaik untuk menjauhkan diri dari pepijat ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tangan dan jari cenderung kaya dengan bakteria, dan ia boleh memberikan jalan kepada makhluk ini untuk masuk ke mata. Hasilnya, jangkitan, kemerahan dan keputihan.

BACA:  Pemakanan Makanan Diproses Membahayakan Sel Kita

Unsur Perengsa

Seperti asap, minyak wangi, gas buangan, bau busuk, dan klorin bukan alergen, boleh menyebabkan mata gatal dan jengkel. Mengehadkan pendedahan dengan unsur ini boleh mengelakkan mata rasa iritasi.

Mata Kering

Mata kering mungkin timbul akibat gangguan perubatan yang disebabkan apabila mata tidak mengeluarkan air mata yang cukup atau kualiti air mata tidak baik.

Terdapat banyak kemungkinan mata kering, terrasuk ubat-ubatan tertentu, penggunaan komputer, keadaan perubatan, pendedahan mata laser, pemakaian kanta lekap dan banyak lagi.

Penjagaan Kanta Lekap Yang Tidak Betul

Laporan oleh Centers for Disease Control dan Prevention (CDC) mendapati bahawa keratitis, jangkitan mata yang menyakitkan yang berkaitan dengan penjagaan kanta lekap tidak betul membawa kepada 1 juta lawatan ke doktor atau hospital setiap tahun. Kira-kira 2,000 orang kehilangan penglihatan akibat kanta lekap.

Jangan sesekali tidur dengan kanta lekap. Mata memerlukan kelembapan dan oksigen, bila mata gatal-gatal dan kita menggosoknya peluang untuk jangkitan meningkat.

Bila tanda-tanda di atas menyebabkan iritasi kepada mata, berjumpa dengan doktor. Dengan mengesan masalah mata dan penglihatan [awal], doktor dapat membantu meletakkan pesakit ke tahap kesihatan yang baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.