≡ Menu

Kenapa Orang Jepun Tak Ramai Yang Gemuk, Padahal Makan Nasi Jugak. Baca Dahulu

Nasi merupakan makanan ruji masyarakat Jepun dan juga masyarakat di negara-negara sekitar Asia, tetapi yang peliknya rata-rata masyarakat Jepun ini memiliki tubuh fizikal yang kurus meskipun banyak memakan nasi.

Jadi bagaimana orang Jepun masih dapat kekalkan bentuk badan yang ideal, walaupun makan nasi setiap hari jika nak di bandingkan bentuk badan orang Asia di negara lain.

Ingin mengetahui kunci rahsia masyarakat Jepun tetap kurus meski makan nasi banyak, jom teroka rahsianya di bawah.

Kunci Rahsia 1: Kombinasi Karbohidrat Dan Rendah Lemak

Dipetik dari Huffpost, sainstis pengkaji kardiovaskular di Institut Jantung Amerika Syarikat iaitu James DiNicolantonio menyatakan kombinasi makananan antara karbohidrat dan rendah lemak adalah jawapannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Gabungan nasi dan beberapa menu makanan yang rendah lemak merupakan kunci utama mengapa masyarakat Jepun dapat mengekalkan badan yang langsing.

Kunci Rahsia 2: Berjalan 7K – 10K Setiap Hari

Selain itu, meskipun masyarakat Jepun banyak makan nasi tetapi tabiat berjalan dalam 7K hingga 10K langkah setiap hari merupakan punca mengapa berat badan mereka tidak naik atau bertambah secara mendadak.

Dengan rutin harian seperti ini, tidak hairanlah masyrakat Jepun dapat miliki tubuh yang langsing walaupun makan nasi bermangkuk-mangkuk di rumah.

Kunci Rahsia 3: Kurang Makan Makanan Berproses

Seperti sedia maklum, nasi merupakan makanan ruji bagi masyarakat Jepun dengan tabiat makanan sebegini membuatkan orang Jepun kurang memakan makanan berproses dan juga makanan segera.

Jadi tubuh mereka kurang mengandungi lemak jahat yang terhasil dari makanan berproses, tambahan lagi dengan amalan makanan yang seimbang membuatkan tubuh orang Jepun berjaya mengekalkan bentuk badan.

Kunci Rahsia 4: Saiz Mangkuk Makanan Main Peranan

Dalam perkongsian di Quora, salah satu rahsia mengapa orang Jepun kurus adalah saiz mangkuk makanan yang digunakan main peranan penting.

Meski orang Jepun banyak makan nasi dalam tiga hingga empat mangkuk nasi, tetapi saiz mangkuk nasinya kecil sebesar tapak tangan jadi karbohidratnya tidak sebanyak orang Asia di negara lain makan dalam satu pinggan.

Kunci Rahsia 5: Masak Makanan Tanpa Garam Dan Mentega

Bagi orang Jepun banyak Makan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi atau tepung tidak menjadi satu masalah bagi kesihatan mereka, kerana makanan lain yang di masak tidak menggunakan garam atau pun mentega.

Patutlah ramai masyarakat Jepun kurus dan miliki bentuk badan yang ideal, dengan rutin pemakanan sebegini serta gaya hidup yang mereka jalani tidak mustahil untuk masyarakat Jepun tetap kurus dan sihat.

Nak kurus macam orang Jepun juga, cubalah ikuti kunci rahsia ini selamat beramal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.