≡ Menu

Kenapa Orang Orang Kampung Sangat Menggalakkan Memakan Daun Pegaga

Adakah anda salah seorang peminat daun pegaga? Selain dimakan begitu sahaja bersama sambal, pegaga juga boleh dibuat jus atau dinikmati sebagai kerabu. Tahukah anda, apakah khasiat-khasiat daun pegaga ini? Artikel ini akan membincangkannya.

Apa itu pegaga?
Dalam bahasa saintifik, pegaga dikenali sebagai Centella asiatica. Ianya bersaiz kecil, tumbuh menjalar, serta mempunyai jangka hayat yang pendek. Daun pegaga berbentuk bulat dan licin, serta boleh tumbuh meliar dalam semua keadaan tanah.

Pegaga telah digunakan bertahun lamanya dalam perubatan Ayurvedik dan tradisional Cina. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan bahawa tumbuhan ini amatlah penting untuk ditanam dan dipelihara. Sememangnya, seperti tumbuhan lain, daun pegaga juga kaya dengan pelbagai khasiat. Antaranya ialah:

1. Mengawal paras gula

Kajian dalam makmal membuktikan bahawa pengambilan pegaga dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin. Fungsi ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah, seperti tindakan ubat moden. Namun, ini tidak bermaksud pesakit diabetes boleh mengabaikan pengambilan ubat yang telah diberi oleh doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Meningkatkan fungsi kognitif

Dalam kajian kecil pada tahun 2016, pegaga didapati memulihkan ingatan pesakit angin ahmar. Kajian lain ke atas tikus makmal pula menunjukkan pengambilan ekstrak rebusan pegaga dapat memperbaik fungsi pembelajaran dan memori.

Selain itu, kerana keupayaannya untuk menambah baik fungsi saraf dan ingatan, pegaga mungkin berpotensi untuk merawat penyakit Alzheimer. Ekstrak daunnya memberi kesan perlindungan ke atas sel otak daripada ketoksikan.

BACA:  Doktor Ini Kongsi 8 Cara Berpeluang Untuk Mendapat Anak Kembar

Walau bagaimanapun, penyelidikan secara mendalam masih diperlukan bagi benar-benar mengenalpasti bagaimana pegaga dapat digunakan untuk rawatan Alzheimer.

3. Mengurangkan kerisauan dan tekanan

Kekurangan tidur dapat mengakibatkan kegelisahan, kerosakan oksidatif, dan keradangan sel saraf. Kajian ke atas tikus makmal mendapati pengambilan pegaga dapat mengurangkan kegelisahan akibat kurang tidur di samping mencegah kerosakan oksidatif. Namun begitu, perkara ini perlu dikaji lebih mendalam untuk memastikan khasiat berkenaan.

4. Merawat insomnia

Pegaga mempunyai keupayaan untuk merawat kegelisahan, tekanan, dan kemurungan. Oleh itu, ia juga mungkin boleh membantu merawat insomnia yang sering berlaku berikutan masalah-masalah tersebut.

5. Mengurangkan tanda regangan (stretch marks)

Pada tahun 2013, kajian menunjukkan daun pegaga mampu mengurangkan tanda regangan daripada kelihatan. Satu kandungan dalam pegaga yang dipanggil terpenoid mampu meningkatkan penghasilan kolagen. Ini juga mungkin menghalang pembentukan tanda regangan baru.

6. Menyembuhkan luka dan mencegah parut

Khasiat pegaga dalam penyembuhan luka dikesan pada luka yang disebabkan oleh objek tajam, kesan trauma daripada objek tumpul, serta tisu yang dijangkiti. Namun, sekiranya luka tersebut dalam dan teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

7. Merawat vena varikos (varicose veins)

Vena varikos adalah satu keadaan di mana urat membengkak, berbelit, dan kerap terjadi pada bahagian kaki. Kajian-kajian yang dijalankan pada awal tahun 2000 mendapati pegaga dapat memperbaik kesihatan vena. Individu dalam kajian terbabit mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan vena seperti darah tinggi serta pembengkakan tumit. Ini kerana, pegaga berpotensi dalam menambak baik peredaran darah.

BACA:  Kesan Penggunaan Cuka Kayu Dalam Pertanian. Baik Atau Buruk?

8. Antioksida

Antioksida ialah penghapus radikal bebas, yang memberi perlindungan kepada tisu badan daripada kerosakan disebabkan oleh spesis oksigen reaktif. Polifenol, vitamin C, flavonoid, dan beta-karotena yang terkandung dalam pegaga meningkatkan aktiviti antioksida di dalam herba tersebut. Daun pegaga mengandungi antioksida paling tinggi berbanding bahagian lain.

9. Antimikrob

Di sesetengah tempat, ekstrak daun pegaga biasa digunakan untuk merawat sakit perut dalam kalangan kanak-kanak. Bahagian daun pada pokok pegaga mempunyai kesan antibakteria terhadap E. coli serta banyak bakteria dan kulat yang lain.

Kesimpulan
Seperti tumbuh-tumbuhan lain, pegaga sememangnya mengandungi pelbagai komponen yang mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Tetapi, perubatan herba seperti pegaga bukanlah untuk menggantikan rawatan daripada pakar perubatan.

Walaupun daun pegaga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita, harus diingat bahawa ada kajian menunjukkan pengambilan pegaga secara berterusan dalam tempoh melebihi 6 bulan mungkin boleh mengakibatkan kesan sampingan pada hati. Variasikan sumber sayur-sayuran atau ulaman anda. Pastikan ada sajian sayur-sayuran serta buah-buahan dalam setiap waktu makan berat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.