Sudah menjadi amalan keluarga ku di setiap tahun di pagi raya, kami akan ke kubur ayah dan ayah mertua untuk membersih kubur sekaligus sedeqahkan bacaan surah Yaasin dan tahlil. Ini bukan bermakna pada hari-hari lain kami tidak menjenguk kubur ini. Kami akan ziarah jika berkesempatan masa.
Ini adalah kerana ramai di antara kami anak-anak yang berkerja di luar negeri Terengganu. Jadi jika kami balik kampung baru kami ada kesempatan tersebut. Sebab itulah waktu lazim kami menziarah ialah ketika hari raya.
Di pagi hari raya kedua baru-baru ini, aku bersama ipar duai sempat menziarahi pusara ayahanda (ayah mertua) yang terletak di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, selain daripada kami ada juga beberapa keluarga yang lain turut sama menziarahi pusara keluarga masing-masing. Sekurang-kurangnya amalan baik yang boleh membawa peringatan kepada kematian ini masih lagi menjadi amalan.
Cuma aku lihat ramai di antara mereka yang menyiram kubur dengan air yang dibawa daripada rumah. Aku sedikit pelik. Sebenarnya ini bukan pertama kali aku lihat amalan ini. Di dalam TV juga aku selalu lihat perbuatan ini.
Di hati kecil terdetik: “Betul ke amalan ini ya?”. Seingat aku memang aku pernah terbaca akan hukum perbuatan ini. Cuma aku macam ingat-ingat lupa.
Lantas aku mencari jawapan persoalan yang bermain di fikiran. Melayari laman web e-fatwa telah menemukan jawapan yang aku cari.
Menurut e-fatwa, hukum membawa bunga di kuburan adalah tidak digalakkan dalam Islam. ia bukanlah amalan di dalam agama Islam. Ia sebenarnya adalah mirip amalan dalam agama Kristian. Jika perbuatan membawa bunga tersebut dibuat dengann iat mengikut adat dan budaya mereka maka hukumnya boleh jadi HARAM.
Manakala hukum meletakkan kalungan bunga di tugu negara sempena memperingati hari pahlawan memang sudah difatwakan HARAM.
Mengikut Ustaz Azhar Idrus pula ianya bergantung kepada niat:
Sebagai konklusi, kita kena tahu tujuan kita kita melkukan perbuatan tersebut. Jika tanpa tujuan dan hanya mengikut orang, maka ia jatuh kepada makruh. Apatah lagi jika niat untuk menyejukkan mayat atau mengikut agama lain.
Wallahua’lam. Semoga coretan ini dapat menjadi panduan untuk semua.