≡ Menu

Kenapa Wanita Lebih Cenderung Untuk Mengalami Depresi? Ketahui Puncanya

 

Perasan tak jumlah individu yang mengalami depresi lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding dengan lelaki.

Selain boleh diwarisi dalam keturunan, ada beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada jumlah peningkatan depresi dalam kalangan wanita.

Kali ini Wanista akan kongsikan dengan kamu apakah faktor tersebut yang menyebabkan lebih ramai wanita mengalami depresi berbanding lelaki.

Berlaku Perubahan Hormon 

Perubahan hormon yang berlaku ketika akil baligh boleh meningkatkan risiko sesetengah perempuan untuk mengalami depresi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Walaupun perubahan mood sementara berkaitan dengan hormon semasa akil baligh adalah perkara biasa, tetapi perubahan ini boleh menyebabkan depresi berlaku.

Antara situasi akil baligh ini boleh dikaitkan dengan beberapa situasi yang berperanan dalam mencetuskan depresi seperti:

  • Kekeliruan dan masalah berkaitan seksualiti dan identiti
  • Konflik dengan ibu bapa
  • Mengalami tekanan berkaitan pendidikan, kejayaan dan sebagainya

Pada masa yang sama, kadar depresi dalam kalangan perempuan menjadi tinggi kerana mereka telah mencapai akil baligh sebelum lelaki dan cenderung untuk mengalami depresi lebih awal.

Perbezaan Jantina 

Menurut kajian, perbezaan jantina dalam kalangan masyarakat boleh menyumbang kepada kadar depresi yang tinggi dalam kalangan perempuan.

BACA:  Berbuka Awal Kerana Ikut Radio, Batal Atau Tidak Puasa?

Sebagai contoh, perempuan pada awalnya didedahkan untuk menjadi seorang yang sensitif dan peka terhadap pendapat dan pandangan orang lain. Manakala lelaki pula telah diajar untuk memiliki kebebasan dan kuasa dalam kehidupan mereka.

Apabila berlakunya perbezaan jantina yang ketara, perempuan akan lebih rasa tertekan dan dibebani dengan pandangan serta pendapat orang lain mengenai perlakuan dan percakapannya.

Peranan Wanita Dalam Masyarakat

Tak kiralah di negara mana sekalipun, jika seorang wanita telah berkahwin mereka perlu berada di rumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Bagi wanita yang masih keluar bekerja walaupun sudah berkeluarga, golongan ini sering disisihkan dan dipandang serong oleh masyarakat.

Diskriminasi dan tekanan yang dihadapi oleh wanita ini akan membuatkan mereka sering mengalami konflik di antara peranan mereka sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja.

Kisah Hidup Yang Tertekan 

Menerusi kajian yang dilakukan, wanita lebih cenderung mengalami depresi disebabkan oleh beberapa kisah atau peristiwa hidup yang lebih tertekan.

Kebanyakan wanita cenderung untuk mempunyai kehidupan yang lebih negatif berbanding lelaki apabila ia melibatkan hubungan dengan ibu bapa dan rakan sebaya.

Antara peristiwa atau kisah hidup yang boleh menyebabkan seseorang wanita menjadi tertekan adalah:

  • dibuli atau disisihkan oleh rakan
  • tiada rakan atau memori bersama rakan
  • didera oleh ibu bapa
  • masalah keluarga
  • menjadi mangsa gangguan seksual
BACA:  Hukum Memalingkan Wajah Ketika Solat. Adakah Batal?

Gaya Hidup Yang Berbeza 

Keadaan hidup dan tekanan budaya dalam kehidupan wanita boleh memainkan peranan terbesar. Walaupun lelaki juga mengalami depresi, tetapi ia lebih cenderung berlaku kepada wanita.

Antara perbezaan gaya hidup yang boleh mengakibatkan depresi berlaku pada wanita adalah:

  • Kuasa dan status tidak sama dalam masyarakat. Wanita lebih cenderung untuk menjadi ‘hamba’ kepada lelaki dan tidak mempunyai akses yang meluas dalam bidang pekerjaan.
  • Memiliki beban kerja yang berlebihan. Tak kiralah sama ada wanita bekerja atau suri rumah, mereka memiliki beban kerja yang sangat tinggi berbanding dengan lelaki.
  • Menjadi mangsa dera seksual atau fizikal. Wanita sering dianiayai secara emosi, fizikal atau seksual sejak kanak-kanak sehingga dewasa sehingga meninggalkan trauma yang teruk.

Kadang kala, depresi yang berlaku bukan disebabkan oleh keturunan. Berbanding dahulu, jumlah depresi pada masa sekarang lebih tinggi dan sering terjadi dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai latar belakang keluarga depresi.

Jika kamu mengalami beberapa simptom mengenai depresi, segera berjumpa dengan pakar untuk merawatnya. Selamat beramal

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.