Siapa suka makan kerang rebus, kita geng!
Siapa yang suka makan kerang rebus kenalah tahu macam mana nak rebus kerang dengan betul, janganlah pula main rebus je kerang kemudian hasilnya kerang ada bau hanyir lah, terlalu lembik lah dan sebagainya.
Nak rebus kerang ada caranya, apabila kerang di masak dengan betul barulah kerang yang kita masak tetap segar dan tanpa mengeluarkan bau hanyir.
Macam mana nak masak kerang rebus dengan betul? Jom ikuti cara masakan di bawah.
Cara Rebus Kerang Dengan Betul!
- Mula-mula basuh kerang dengan air bersih, cuci sehingga bersih.
- Panaskan air dalam periuk dan tambah sedikit garam ke dalam air tersebut.
- Apabila air dalam periuk sudah betul-betul mendidih, masukkan kerang ke dalam periuk.
- Masak kerang dalam 1-2 minit, kemudian toskan kerang.
- Bilas kerang cepat-cepat dengan air bagi menghentikan haba pada cengkerang.
- Setelah sejukkan kerang dengan air, mulalah operasi mengopek kerang. Kopek kerang jadi separuh sahaja tau.
- Semasa mengopek kerang, bilas sedikit kerang dengan air agar kerang dan cekerang kekal bersih untuk di makan.
- Siap, kerang segar dan sedia untuk di makan bersama pencicah air asam atau sos thai.
Sebenarnya senang je tak nak bagi kerang rebus terlalu lembik, terlebih masak dan berbau hanyir, apa yang penting kamu tahu cara merebus kerang dengan betul, InsyaAllah sedap kerang rebus tu nanti.