≡ Menu

Kerap Alami Cirit-Birit? Ketahui Punca Dan Makanan Yang Melegakannya

Memang rasa terseksa sangat kalau mengalami cirit-birit!

Mulalah hidup rasa tak tenang sebab perut asyik memulas, badan menjadi berpeluh, kaki rasa lemah dan perlu berulang alik ke tandas tanpa berhenti.

Punca cirit-birit ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa makanan. Jadi untuk tak memburukkan lagi keadaan, kamu perlu mengambil beberapa jenis makanan dan elakkan sebahagiannya.

Nak tahu apakah makanan tersebut, baca perkongsian di bawah.

Kenapa Boleh Kena Cirit-Birit?

Cirit-birit ini adalah satu keadaan yang melibatkan masalah pembuangan air besar dengan lebih kerap dan ianya hanya berlarutan selama beberapa hari sahaja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kebiasaannya cirit-birit ini terhadi apabila perut kita cuba untuk melawan beberapa gangguan seperti jangkitan bakteria atau virus yang disebabkan oleh beberapa jenis makanan atau minuman yang tercemar.

Individu yang mengalami cirit-birit akan mengalami beberapa gejala seperti:

  • Sakit perut yang memulas
  • Najis yang cair
  • Demam dan muntah
  • Perut menjadi kembung

Punca Cirit-Birit

Selain daripada makanan dan minuman yang tercemar, ada beberapa punca lain yang menjadi penyebab kepada situasi cirit-birit ini berlaku.

  • Jangkitan virus dan bakteria seperti virus Norwalkcytimegalovirus, rotavirus (masalah cirit-birit berlaku pada kanak-kanak), salmonellashigella dan E.Coli.
  • Keradangan usus (Inflammatory bowel disease) seperti Chron’s diseaseUlcerative colitis atau Celiac disease.
  • Lactose intolerance kerana ada sesetengah individu tidak boleh mengambil produk tenusu dan menyebabkan penghasilan enzim tidak berlaku untuk menguraikan gula dalam tenusu.
BACA:  Petua Mengurangkan Tekanan Darah. Cegah Dari Awal Usia

Makan Ini Ketika Cirit-Birit

Ketika mengalami cirit-birit, pastikan kamu makan dalam kuantiti yang sedikit dengan kerap kerana badan kamu akan lebih mudah mencerna makanan yang berkuantiti sedikit.

Antara makanan yang bagus dan perlu diambil ketika cirit-birit adalah:

  • Makanan yang tinggi dengan pectin seperti pisang dan yogurt kerana pectin merupakan bahan serat larut air yang dapat mengurangkan cirit-birit.
  • Makanan tinggi dengan sodium seperti sup, brothspretzels dan minuman sukan kerana ia boleh mengekalkan air di dalam badan supaya tidak mengalami dehidrasi.
  • Makanan berprotein seperti ayam, telur atau tauhu kerana ia dapat membantu badan daripada keletihan dan berikan tenaga pada badan.
  • Makan buah dan sayur yang dimasak seperti asparagus, cendawan, tomato puree atau kentang bakar tanpa kulit kerana makanan tak dimasak cenderung membuatkan cirit-birit menjadi teruk.
  • Makanan probiotik seperti yogurt dapat meningkatkan keseimbangan bakteria baik dan buruk di usus bagi mengurangkan gejala cirit-birit.
  • Makanan bland seperti roti, kentang rebus atau bijirin kerana makanan ini berupaya untuk mengelakkan usus daripada merengsa dan tak rumit untuk mencerna.
BACA:  Menderita Ekzema? Ini 10 Makanan Yang Anda Perlu Cuba

Wajib Elak Makanan Ini 

Sama pentingnya dengan mengetahui apa yang perlu dimakan, kamu juga perlu tahu makanan apa yang ‘wajib’ dielak ketika ketika cirit-birit.

  • Makanan berlemak ini termasuklah makanan yang bergoreng, berminyak atau berkuah yang boleh menyebabkan cirit-birit menjadi lebih teruk.
  • Produk tenusu seperti mentega atau ais krim boleh menyebabkan lactoce intolerance iaitu kesukaran memproses laktosa atau gula yang terdapat dalam produk tenusu.
  • Makanan mengandungi pemanis tiruan boleh menyebabkan usus kamu menghasilkan lebih banyak air dan elektrolit yang kemudiannya boleh melonggarkan pergerakan usus dan cirit-birit
  • Makanan yang menyebabkan gas berlebihan seperti kobis, kacang, brokoli kerana ia berupaya untuk mengembungkan perut dan mengakibatkan penghasilan gas berlebihan tanpa henti.
  • Makanan yang tercemar seperti makanan yang dikeluarkan terlalu lama dari peti sejuk (daging mentah atau ikan) atau disimpan dengan cara yang tidak betul.

Cuba atasi masalah atau gejala cirit-birit dengan beberapa makanan di atas serta amalkan gaya hidup yang sihat bagi mengurangkannya.

Sekiranya beberapa makanan di atas tidak dapat membantu mengurangkan cirit-birit atau gejalanya berlarutan selama beberapa hari, kamu perlu berjumpa doktor dengan segera.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.