≡ Menu

Kerjakanlah Solat Fardhu Dengan Sepenuh Jiwa

وَأَنۡ أَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّقُوهُۚ وَهُوَ ٱلَّذِیۤ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ

“Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak)” [Surah al-An`âm 72]

#Antara tuntutan yang diwajibkan ke atas seorang Muslim ialah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam dan berusaha sedaya upaya menjadi hamba Allah yang bertakwa .

#Hukum solat adalah fardu ain. Ertinya, ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid).

#Selain solat wajib, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat. Antara solat sunat yang digalakkan ialah solat sunat rawatib.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardhu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Rujuk Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib)

BACA:  Tahu Tahu Dah Sakit Belakang? Ini 6 Puncanya Yang Ramai Tak Tahu
Kebenaran Solat Jemaah, Jumaat Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Khamis Ini – Dr Zulkifli

#Solat sunat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat sunat rawatib setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah. Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada muakkad (sangat ditekankan) dan ghairu muakkad (tidak ditekankan).

#Para ulama Syafi’iyyah umumnya telah memilih pandangan bahawa bilangan rakaat rawatib yang muakkad ialah sebanyak 10 rakaat. Ini sebagaimana yang termaktub dalam Matan Zubad ibn Ruslan, iaitu antara matan asasi dalam fiqh mazhab Syafi’e:

ثنتان قبل الصبح، والظهر كذا…… وبعده، ومغرب، ثم العشا

“Maka kita simpulkan di sini solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:

1. Dua rakaat sebelum Subuh

2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor

3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor

4. Dua rakaat selepas Maghrib

5. Dua rakaat selepas solat Isya’ (Lihat: Al-Taqrirat al-Sadidah dan Matla’ al-Badrain)

#Solat sunat rawatib yang tidak muakkad pula ialah:

1. Dua rakaat sebelum Zohor

2. Dua rakaat selepas Zohor

3. Empat rakaat sebelum Asar

4. Dua rakaat sebelum Maghrib

5. Dua rakaat sebelum Isyak (Lihat: Al-Taqrirat al-Sadidah dan Matla’ al-Badrain)

Terdapat dalil disyariatkan solat-solat tersebut adalah keumuman sabda Rasulullah saw:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.

“Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat). Baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya (mahu melakukannya)” (Sahih al-Bukhari)

…Bersambung…

Jom perkukuhkan solat fardhu 5 kali sehari semalam serta memperbanyakkan solat sunat samada di waktu siang ataupun malam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.