≡ Menu

Kesan Arak Kepada Otak, Tidak Hairanlah Kalau Tengah Memandu, Boleh Berlaku Kemalangan

Sejak kebelakangan ini, pasti ada sahaja kita mendengar berita berkenaan kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk. Perkara ini bagaikan tidak asing lagi di negara kita sehinggakan menyebabkan timbulnya perdebatan mengenai pemandu mabuk ini dari pelbagai pihak.

Biarpun sebelum ini kerajaan pernah mengumumkan akan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pemandu mabuk, tetapi hal ini nampaknya tidak memberikan kelegaan kepada banyak pihak. Malahan ada juga yang menyarankan agar hukuman mati wajar diberikan kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian orang lain.

Seorang doktor, Dr Rozanizam Zakaria melalui laman Facebooknya berkongsi beberapa sebab mengapa alcohol itu berbahaya kepada otak kita.

ALCOHOL BAGI KESAN BURUK KEPADA OTAK

Kenapa Orang Mabuk Berbahaya?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jom belajar kesan fisiologi alkohol kepada otak manusia. Alkohol adalah kimia yang akan sampai ke otak bila diconsume. Di otak, dia akan melekat di 3 reseptor – dopamine, GABA dan Glutamate.

BACA:  Menderita Ekzema? Ini 10 Makanan Yang Anda Perlu Cuba

Dopamine ni yang buat pemabuk happy. Dopamine akan create sense of reward menyebabkan peminum arak sukar berhenti. Tapi dua reseptor lagi – GABA dan Glutame akan buat the opposite effect (depressant effect). Menyebabkan otak akan shut down stage by stage ikut level alkohol dalam darah.

0.07-0.09 minor impairment dekat pertuturan, memori, balance, pendengaran dan reaction time

0.125 semua dia atas akan significantly impaired further – makin teruk

0.13 0.15 peminum alkohol mula jadi tidak tenteram, hilang motor skills, koordinasi + pandangan kabur.

0.25 impairment in ALL mental capacity, bahasa mudahnya sudah hilang akal, termasuk sensory dan fizikal ability

BACA:  Surah Al-Maarij Mengajar Kita Penawar Bagi Overthinking Dan Kebimbangan

0.3 ke atas stupor, koma dan kematian

BAYANGKAN ORANG MABUK MEMANDU, BAHAYA!


Bayangkan orang yang mabuk diberi stereng! Dan memandu! Di jalanraya yang ada pemandu lain!

Sebenarnya bukan kereta sahaja tidak boleh diberi pada orang mabuk. Semua urusan lain tidak dibenarkan. Sebab apa? Sebab secara dasarnya bila hilang akal, mereka hilang kelayakan untuk segala urusan yang lain! Sepatutnya kita faham kenapa Islam kata arak itu ibu segala maksiat!

Takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan.

Bagi saya, ini antara keutamaan kerajaan hari ini untuk bertindak dengan kuasa yang ada. Jika tidak, kita akan pasrah menunggu kematian seterusnya yang mungkin jadi kita. Na’uzubillah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.