≡ Menu

Kesilapan Didik Anak Lelaki, Jangan Sampai Anak Itu Jadi Ketua Keluarga Yang GAGAL!

Ada banyak kes anak lelaki buat perangai bila sudah berumah tangga, siap ada yang cuma tahu mengarah isteri dan lagi teruk tak hormat mak ayah, apa lagi menjaga hati mentua.

Sebab itu nak besarkan anak lelaki mak-mak kena tahu cara supaya bila dah besar nanti dia tak jadi besar kepala dan mungkin boleh buat isterinya merana.

Nak tahu lebih jauh soal kesilapan mak ayah dalam mendidik anak lelaki, jemput baca perkongsian Puan Nurul Ilyani ini…

1) Tak ajar cinta Allah, Quran dan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W

Sama ada kita sangat sibuk dengan tanggungjawab kita mencari nafkah.

Mungkin kita sangat sibuk memenuhi keperluan material hidup di dunia, penuh hawa nafsu dan keinginan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Atau sama ada kita sangat sibuk memenuhi keperluan hobi dan minat sendiri.

BACA:  Janganlah Kita Jadi Seperti Wanita Akhir Zaman Yang Tertulis Dalam Hadis Nabi. Nauzubillah

Hingga kita lalai tanggungjawab mendidik anak faham ajaran Al Quran dan Sunnah, cara hidup Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Saya selalu mendapat nasihat ini dan saya selalu menyebut pada diri sendiri, “ambil dunia sekadarnya saja”.

2) Kita tidak mendekati dan merasai jiwa anak lelaki.

Kita selalu pesan, “abang kuat, anak lelaki mana boleh nangis”❌ Ini perlu dibetulkan.

Kata-kata ini membuatkan anak lelaki selalu memendam rasa, sedangkan mereka perlu juga meluahkan rasa sedih, kecewa supaya mereka dapat lebih belajar tentang hidup.

Ada satu kisah yang direkod dalam Sahih Bukhari, Nabi sallahu alaihi wasallam selalu approach seorang kanak-kanak, Abu Umayr dan tanya pasal burung yang dia bela. Satu hari burung Abu Umayr itu mati, dia datang dengan keadaan sedih. Nabi sallallhualaihi wasallam pun pujuk.

Kalau ikut kisah ini, it is okay to be sad eventhough you are a boy or a guy. Tugas kita, pastikan anak lelaki tidak abaikan emosi negatif dengan cuba jadi kuat dan control macho.

BACA:  [Hadis] Sebenarnya "Stay At Home" Itu Disarankan Oleh Islam Sejak Dari Zaman Nabi Lagi. Subhanallah

3) Abaikan asas keadilan

Anak lelaki selalu respon lebih baik pada sesuatu yang adil.

Ada satu cerita yang direkod oleh Imam Abu Daud, ibu Abu Amru panggil anaknya kemudian janji nak bagi sesuatu. Nabi sallallahualaihi wasallam beritahu kapada ibu itu, kalau kamu tidak beri apa yang dijanji, ia dikira berbohong.

Ini biasakan kita baca? Jangan bohong anak. Jangan bohong anak. Malah anak lelaki, jika kita bohong, maka hilang kepercayaan pada kita, jadi proses mendidik dan mendisiplinkan lebih sukar, mereka tidak mahu respon lagi pada arahan dan kata-kata kita.

Allah. Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.