≡ Menu

Ketagihan Gajet Boleh Menimbulkan Perangai Yang Tak Molek Pada Anak Kita

Penggunaan gajet seperti telefon pintar tidak asing lagi dalam dunia teknologi serba canggih hari ini. Teknologi komunikasi ternyata menjadi alat yang banyak memudahkan masyarakat.

Kebolehgunaan teknologi komunikasi membolehkan pelbagai urusan dapat dijalankan secara dalam talian. Sebagai contoh, pembayaran utiliti seperti bil air, elektrik, telekomunikasi, pembelian barangan, tempahan makanan dan minuman, tempahan pengangkutan dan penginapan, alat hiburan serta banyak lagi.

Peredaran masa menyaksikan teknologi komunikasi seperti telefon pintar kini bukan sahaja digunakan orang dewasa, bahkan diberikan segelintir ibu bapa kepada anak pada usia yang sangat kecil.

Alasan kerap kali diberikan adalah untuk memberikan anak kecil itu hiburan serta menenangkannya jika menangis. Namun, secara tidak sedar, tabiat ini kurang baik dari segi perkembangan diri dan kesihatan anak itu sendiri.

Sebagai contoh, ketagihan skrin yang boleh memberikan impak ke atas kesihatan mata anak. Lambakan aplikasi serta permainan dalam talian yang wujud hari ini serta boleh diakses menggunakan telefon pintar, berupaya mengakibatkan ketagihan terlampau ke atas anak sekiranya tiada pemantauan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lebih menggerunkan jika anak ini secara tidak sengaja memperoleh akses kepada laman web pornografi yang jelas mengundang satu keadaan membimbangkan.

BACA:  Cara Rasulullah SAW Betulkan Kesalahan Anak, Jadikan Teladan Dan Pedoman Ibu Dan Bapa

Kesihatan mata wajar dijaga sejak anak pada usia kecil. Sekiranya mereka diberikan akses ke atas telefon pintar sejak kecil dan tanpa sebarang pemantauan dari segi had masa penggunaan, laman web, permainan serta aplikasi diakses, perkara ini jelas boleh memudaratkan deria penglihatan itu sendiri. Mata boleh menjadi amat letih, lesu serta tegang akibat pendedahan terlalu banyak terhadap sinaran ultra ungu.

Selain itu, sikap anak juga berupaya menjadi tantrum (emosi meledak yang biasanya ditandai dengan sikap anak keras kepala, menangis, menjerit, berteriak, membangkang atau marah) sekiranya tidak memperoleh akses ke atas teknologi ini apabila ibu bapa mulai menyekat ketika agak terlambat untuk berbuat demikian.

Malah, pembelajaran turut boleh terabai serta merosot sekiranya anak mulai ketagih dan terlalu seronok bermain permainan dalam talian.

BACA:  Kenapa Ibu Mengandung Digalakkan Makan Omega-3. Ini Manfaat Lain Selain Kecerdasan

Ibu bapa memainkan peranan amat penting dalam situasi ini. Pemerhatian serta pemantauan lebih teliti harus diberikan supaya mereka tidak leka dengan telefon pintar.

Ketegasan mendisiplinkan anak dari segi tempoh masa penggunaan gajet wajar dijalankan ibu bapa. Sebagai contoh, tempoh masa maksimum dua jam dalam sehari diberikan kepada anak untuk menggunakan gajet atau bermain permainan dalam talian.

Selain itu, nasihat secara berhemah juga wajar diberikan ibu bapa kepada anak berkenaan kebaikan dan keburukan gajet seperti telefon pintar dan kepentingan penjagaan kesihatan mata.

Pada masa sama, ibu bapa juga harus menjadi contoh teladan baik dari segi cara penggunaan gajet ini supaya anak turut mengikutinya.

Langkah ini bukan sahaja memberikan manfaat dari segi didikan disiplin kendiri anak, tetapi mengelak ketagihan melampau yang boleh menjejaskan banyak perkara dalam diri mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.