≡ Menu

Ketahui 4 Jenis Sujud Yang Disyariatkan Dalam Islam Beserta Tujuannya

BERSUJUD merupakan salah satu bahagian wajib ketika bersolat yang apabila tidak dilakukan maka solatnya tidak sah.

Terdapat beberapa jenis sujud, namun ada empat yang disyariatkan dalam Islam.

Bersujud adalah perintah Allah SWT dan Rasul-Nya yang tertulis dalam sabda berikut; (Maksudnya) “Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)

Sementara itu, bersujud juga memiliki maksud dan nilai tersendiri kerana menunjukkan bukti kerendahan umatnya ketika di hadapan Allah SWT yang Maha Agung.

Berikut adalah empat jenis sujud yang disyariatkan dalam Islam;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Sujud solat

Sujud ketika solat dilakukan dalam solat lima waktu yang setiap rakaatnya wajib melaksanakan dua sujud dan ia termasuk dalam rukun mendirikan solat.

Jika tidak dilakukan, maka solat seseorang itu tidak sah. Ketika bersujud, disunahkan membaca kalimat berikut sebanyak tiga kali; “Subhana robbiyal a’la wabihamdihi” (Maksudnya): Maha suci Allah yang maha tinggi dan segala puji bagi-Nya.

BACA:  Kenali Enam Iblis Yang Ditugaskan Menyebarkan Tipu Daya Kepada Anak Adam

2. Sujud sahwi

Sujud sahwi atau dua sujud dilakukan untuk menggantikan kesalahan dalam solat disebabkan menambah, mengurangkan sesuatu atau dalam keadaan ragu-ragu.

Melaksanakan sujud sahwi ini dianjurkan sebelum atau sesudah salam dengan membaca doa sujud seperti solat lainnya, atau menggunakan lafaz berikut; “Subhana man la yanamu wa laa yas-huw” (Maksudnya): Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.

3. Sujud tilawah

Sujud tilawah adalah sujud yang dilaksanakan ketika membaca atau mendengar ayat-ayat Sajdah dalam al Quran. Ayat Sajdah ini adalah ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang sujud, seperti surah ar-Rad (15), al-A’Raf (206), an-Nahl (50) dan sebagainya.

Di saat mendengar atau membaca ayat Sajdah, maka hendaklah sujud sebanyak sekali. Bagaimanapun, sekiranya ayat-ayat itu dibaca dalam solat fardu, disarankan melafazkan: “Sajada wajhi lillazi kholaqahu wa showwarahu wa syaqqa sam’ahu wa bashorahu bi haulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul kholiqina”

(Maksudnya): Wajahku bersujud kepada zat yang menciptakannya, yang membentuknya dan yang memberi pendengaran dan penglihatan, Maha berkat Allah sebaik-baiknya pencipta. (HR.Ahmad, Abu Dawud, Hakim, Tirmidzi dan Nasa’i)

BACA:  Doa Memohon Kesembuhan Penglihatan Mata

4. Sujud syukur

Sujud syukur dilakukan dilakukan ketika mendapat sesuatu kegembiraan, nikmat dan sebagainya sebagai tanda syukur dan terima kasih atas kebesaran Allah yang memakbulkannya.

Ketika melakukan sujud syukur, boleh membaca doa ini: “Subhaanallohi walhamdulillaahi walaa ilaaha illalloohu walloohuakbar, walaa haula walaa quwwata illaa billaahil aliyyil azhiim”

(Maksudnya:) Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha besar, tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah yang Maha besar dan Maha Agung.

Ketika bersujud ia haruslah dilakukan dengan memenuhi syarat sah bersujud, agar doa atau permintaan dalam sujud diterima sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Syarat bersujud;

1. Suci dari hadas kecil dan hadas besar

2. Suci dari segala kotoran

3. Bersujud dengan menghadap kiblat

4. Memakai pakaian yang menutup aurat (perempuan dan lelaki)

Rukun Sujud

1. Membaca niat sujud

2. Takbir (membaca Allahu Akbar)

3. Sekali bersujud (kecuali sujud pada salat fardu dan sujud sahwi)

4. Bangun dari sujud

5. Memberi salam

6. Tertib

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.