≡ Menu

Ketahui Diet Yang Popular Serta Kelebihan Dan Kekurangannya. Penting Kerana Setiap Insan Itu Berbeza Fisiologinya

Apakah jenis-jenis diet yang wujud? Artikel ini akan menerangkan beberapa jenis cara diet yang popular diseluruh dunia.

Pengenalan

Anda pernah mencuba untuk berdiet? Pernah atau tidak anda terfikir diet yang bagaimanakah patut diamalkan untuk mencapai penurunan berat badan yang sihat? Di Malaysia, pelbagai jenis diet sudah kita dengar dan baca tapi benarkah diet-diet tersebut selamat diamalkan dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan kita? Oleh itu artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan 9 jenis diet yang popular.

9 Jenis Diet yang Popular

  1. Diet suku-suku separuh

Anda pernah mendengar istilah suku-suku separuh? Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia, anda pasti sudah terbiasa dengan istilah ini. Diet suku-suku separuh merupakan sejenis diet yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kerana diet ini mengambil kira keseimbangan kesemua jenis kumpulan makanan. Bagaimana nak aplikasikan diet ini di dalam kehidupan harian?

Senang sahaja caranya. Pinggan makanan harian kita akan dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap bahagian akan diisi dengan kumpulan makanan seperti yang dinyatakan di bawah.

  1. Suku (1/4): Protein seperti ayam, daging, ikan
  2. Suku (1/4): Sumber bijirin seperti nasi, mee, bihun dan lain-lain
  3. Separuh (1/2): Sayur-sayuran dan buah-buahan

Berikut merupakan kelebihan diet suku-suku separuh

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  1. Mudah untuk dipraktikkan
  2. Seimbang dan lengkap semua nutrisi yang diperlukan tubuh
  3. Dapat mengawal pengambilan kalori harian terutamnya bagi mereka yang tidak mahir dengan pengiraan kalori di dalam makanan.
  1. Diet ketogenik (1)

Diet ketogenik ataupun lebih mudah dipanggil diet keto merupakan antara diet yang popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Keto diet ini menekankan pengambilan karbohidrat yang rendah dah pengambilan protein dan lemak yang tinggi. Pembahagian makronutrisi bagi diet ini adalah 55-60% lemak, 30-35% protein dan 5-10% karbohidrat.

Mengikut sejarah, diet keto ini diaplikasikan di dalam perawatan pesakit sawan semasa tahun 1921. Di dalam dunia perubatan juga, diet ini digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sawan. Pengambilan karbohidrat yang sedikit akan menyebabkan badan untuk melakukan proses ketogenesis dan badan akan berada dalam keadaan ketosis. Penghasilan keton akan berlaku di mana ianya membekalkan tenaga kepada otak.

Kebaikan Keburukkan/Kesan sampingan
Merawat kanak-kanak yang mengalami masalah sawan. Loya, muntah, sakit kepala dan pening
Sukar untuk tidur
Masalah sembelit
Pesakit diabetes berisiko untuk mengalami hipoglisemia
Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang
  1. Diet atkins
BACA:  Kenali Hati Yang Zuhud, Dan Juga Hati Yang Tamak. Semoga Kita Menjadi Insan Yang Beriman

Sama seperti diet keto, diet atkins juga menekankan tentang pengambilan karbohidrat yang sedikit dan rendah. Apa yang membezakan diet atkins dan diet keto adalah diet atkins membenarkan peningkatan pengambilan karbohidrat secara berfasa berbanding dengan diet keto yang mengekalkan pengambilan karbohidrat yang rendah. Terdapat 4 fasa di dalam diet ini iaitu fasa 1, 2, 3 dan 4. Setiap fasa ini mempunyai panduannya yang tersendiri.

Kebaikan (2) Keburukkan/Kesan sampingan (3)
Membantu pesakit yang mengalami masalah sawan Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai diabetes
Keletihan, sakit kepala, pening
Sembelit
Nafas berbau
  1. Intermittent fasting (4)

Intermittent fasting ataupun IF juga tidak terkecuali daripada menjadi pilihan segenap masyarakat yang cuba berdiet. Apa itu diet intermittent fasting? Diet ini mengaplikasikan konsep berpuasa di mana pengamalnya akan berpuasa untuk berdasarkan jenis IF yang mereka amalkan. Berikut merupakan antara kaedah untuk melakukan IF ini.

  1. Kaedah 16/8: Pengamal perlu untuk berpuasa selama 16 jam dan meninggalkan sarapan pagi. Mereka mempunyai tempoh masa selama 8 jam untuk mengambil makanan selepas berpuasa.
  2. Makan-berhenti-makan: Kaedah ini memerlukan pengamalnya untuk berpuasa selama 24 jam, sekali ke dua kali dalam tempoh masa seminggu.
  3. Diet 5:2: Menggunakan kaedah ini, pengamal akan mengamalkan diet yang ketat selama dua hari dan mengambil makanan seperti biasa pada 5 hari selebihnya.
Kebaikan Keburukkan/Kesan sampingan
Membantu menurunkan berat badanMeningkatkan kesihatan tubuh badan Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai diabetes, hamil dan mempunyai masalah kesihatan.
Tidak sesuai untuk diamalkan dalam jangka masa yang Panjang
Merasa lapar dan mungkin akan makan secara berlebihan apabila berbuka
  1. Diet rendah kalori

Diet rendah kalori merupakan antara diet yang terkenal dikalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Terdapat dua jenis diet rendah kalori iaitu:

  1. Diet rendah kalori: Pengambilan kalori harian dihadkan kepada 1200 kcal
  2. Diet sangat rendah kalori: Pengambilan kalori harian dihadkan kepada 800 kcal

Untuk mengamalkan diet ini, pengamal perlulah mendapatkan nasihat dan dibawah kawalan doktor dan pegawai dietetik kerana pengambilan kalori yang terlalu rendah dapat membebankan kesihatan.

Kebaikan Keburukkan/Kesan sampingan
Menurunkan berat badan Tidak sesuai diamalkan dalam tempoh masa yang lama
Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan menyebabkan penurunan berat menjadi static
Kehilangan otot
  1. Diet detoks
BACA:  “Tutup Pintu Tu Cepat,” Arkitek Jelaskan Kesan Tandas Dalam Bilik Tidur

Pasti anda pernah mendengar istilah detoks bukan? Apa yang dimaksudkan dengan diet detoks? Diet ini dikatakan dapat membersihkan tubuh badan daripada toksin yang berbahaya. Tapi benarkah ini pernyataan ini? Antara ciri-ciri utama diet ini adalah pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, jus, air herba, dan bermacam-macam lagi makanan dan minuman yang dikatakan mampu untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.

Terdapat kurang kajian untuk membuktikan keberkesanan diet ini di dalam membuang toksin di dalam badan. Malah tubuh badan kita sendiri mampu untuk menyahkan toksin di dalam badan melalui fungsi hati, buah pinggang, usus dan kulit tanpa perlu untuk kita mengamalkan diet ini.

  1. Diet General Motor (5)

Diet General Motor ataupun turut dikenali sebagai diet GM merupakan sejenis diet di mana pengamalnya hanya akan mengambil satu jenis kumpulan makanan sahaja dalam sehari. Contohnya, mereka akan mengambil buah sahaja pada hari ahad dan sayur-sayuran sahaja pada hari isnin. Diet ini membahagikan jenis kumpulan makanan kepada 7 hari dalam seminggu. Namun begitu, asal usul diet ini masih tidak diketahui.

Kebaikan Keburukkan/Kesan sampingan
Membantu menurunkan berat badanDiet yang fleksibel Tiada kajian yang dapat menyokong diet ini
Pengamal mungkin akan merasa lapar secara berlebihan
Berat berkemungkinan untuk naik semua secara mendadak
  1. Diet mengikut jenis darah (6)

Pernah anda dengar diet mengikut jenis darah? Pernah menjadi viral di sosial media berkaitan dengan diet ini. Persoalannya betul atau tidak yang kita perlu mengamalkan diet mengikut jenis darah? Diet ini telah dicetuskan oleh seorang doktor iaitu Dr. Peter D’Adamo melalui bukunya Eat Right 4 Your Types. Berikut merupakan panduan bagi diet ini.

  1. Darah jenis A: Mereka berdarah A perlu mengambil makanan bersumberkan tumbuhan.
  2. Darah jenis B: Mereka berdarah B boleh mengambil sumber tumbuhan dan daging kecuali ayam dan khinzir. Mereka dibenarkan untuk mengambil sumber tenusu tetapi perlu mengelakkan pengambilan gandum, jagung dan beberapa makanan lain.
  3. Darah jenis AB: Mereka dibolehkan untuk mengambil makanan laut, sumber tenusu, kacang, tofu dan bijirin.
  4. Darah jenis O: Mereka dibenarkan untuk mengambil protein dan sesetengah jenis sayur dan buah.

Tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa diet berdasarkan jenis darah ini sememangnya berkesan. Kebaikan yang dapat disimpulkan dari diet ini adalah ianya tidak melibatkan makanan terproses dan segera. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengamalkan diet yang seimbang yang sudah terbukti keberkesanannya.

  1. Diet tanpa nasi

Diet tanpa nasi ini bukan lagi perkara baharu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Di dalam diet ini, pengamalnya tidak akan mengambil nasi di dalam diet mereka dan akan menggantikan dengan sumber karbohidrat yang lain. Persoalannya betulkah nasi boleh menyebabkan kegemukkan?

Soalan ini mempunyai dua jawapan. Ya nasi boleh menyebabkan kegemukkan sekiranya diambil di dalam kuantiti yang banyak dan melebihi keperluan kalori harian anda. Namun apabila diambil secara sederhana, nasi tidak akan menyebabkan kegemukkan sama sekali. Seperti sumber karbohidrat yang lain, satu hidangan nasi menyumbang sebanyak 150 kcal, jadi tiada bezanya untuk kita menggantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain seperti roti, bihun dan lain-lain.

Kebaikan Keburukkan/Kesan sampingan
 Membantu menurunkan berat badan Berkemungkinan berasa lapar kerana sekiranya menjadikan nasi sebagai makanan ruji sebelum ini.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.