≡ Menu

Ketahui Hukum Membeli Haiwan Yang Diwarnakan Untuk Melariskan Jualan.

Soalan

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan satu soalan. Pernah tular satu waktu dahulu peniaga mewarnakan anak ayamnya sebagai bahan tarikan untuk melariskan perniagaannya, timbul persoalan dalam diri saya, bolehkah kita melakukan perkara sedemikian terhadap haiwan sedangkan cat atau semburan warna tersebut berkemungkinan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada haiwan itu? Mohon pencerahan Datuk Mufti. Terima kasih Datuk.

Ringkasan Jawapan

Hukum mewarnakan haiwan untuk tujuan perniagaan atau sekadar kehendak nafsu semata-mata adalah haram. Hal ini kerana, ia merupakan suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap haiwan atas sebab kandungan bahan kimia yang terkandung dalam semburan cat itu berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan haiwan tersebut malah boleh membunuhnya pula.

Huraian Jawapan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.

Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ

Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”

Surah al-Baqarah (275)

Ayat ini menjadi dalil umum keharusan segala jenis dan bentuk jual beli selagi mana tiada nas yang melarangnya ataupun tidak melanggar batas-batas syariat. Hal ini mencakupi segala perkara dalam jual beli termasuklah hal promosi. Berkenaan hal mewarnakan haiwan dengan tujuan melariskan perniagaan, meskipun ia dikira salah satu cara promosi yang digunakan oleh peniaga bagi menarik minat pelanggan membeli haiwan tersebut, namun ia pada dasarnya merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan[1].

BACA:  Dunia Hanya Perhiasan, Sebaik Baik Perhiasan Adalah Wanita Yang Solehah

Bukan itu sahaja, trend mewarnakan haiwan ini bukan sahaja digunakan dalam urusan perniagaan, malah ada juga dalam kalangan pemilik haiwan itu sendiri yang mengecat tubuh haiwan peliharaan miliknya dengan anggapan bahawa ia merupakan suatu bentuk kecantikan dan penjagaan rupa, sedangkan mewarnakan haiwan dengan cat atau semburan warna berkemungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan haiwan dan menyebabkan berlakunya kematian[2].

Hakikatnya, perbuatan ini jelas merupakan satu kezaliman terhadap haiwan yang juga merupakan makhluk Allah SWT. Walhal, Islam menuntut umatnya agar bersifat belas ihsan terhadap haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.”

BACA:  Lazimi surah al-Mulk, benteng azab kubur

Riwayat Muslim (1955)

Bukan itu sahaja, terdapat banyak dalil nas yang melarang sebarang bentuk kezaliman terhadap haiwan. Antaranya termasuklah kisah masyhur berkenaan kisah seorang perempuan yang diazab atas sebab mengurung kucingnya sehingga ia mati kelaparan. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

Maksudnya: “Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”

Riwayat al-Bukhari (2365)

Hadis yang hampir sama ada dinukilkan juga dalam Sahih Muslim, malahan ia diletakkan pula dalam satu bab khas yang bertajuk larangan mengazab kucing dan haiwan seumpamanya yang tidak menyakiti orang[3].

Kesimpulannya, hukum mewarnakan haiwan untuk tujuan perniagaan atau sekadar kehendak nafsu semata-mata adalah haram. Hal ini kerana, ia merupakan suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap haiwan atas sebab kandungan bahan kimia yang terkandung dalam semburan cat itu berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan haiwan tersebut malah boleh membunuhnya pula.

Wallahu A‘lam.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.