≡ Menu

Khasiat Daun Betik. Ia Lebih Daripada Ulam! Sungguh Berkhasiat

DI negara Asia Tenggara seperti Malaysia, daun betik merupakan salah satu sayuran yang sering dijadikan ulam.

Selain memilik rasa yang enak, daun betik juga dipercayai mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan seperti mampu meningkatkan selera makan.

Sebenarnya terdapat pelbagai kajian telah dilakukan yang menunjukkan daun betik ini memang memiliki potensi kepada kesihatan manusia.

Berikut adalah beberpa manfaat daun betik yang mungkin tidak diketahui.

1. Ubat deman denggi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Salah satu khasiat terkenal daun betik adalah ia dipercayai mampu mengubati demam denggi. Dalam kajian berjudul ‘Effect of Carica Papaya Leaf Extract Capsule on Platelet Count in Patients of Dengue Fever with Thrombocytopenia’, daun betik terbukti dapat meningkatkan trombosit pada pesakit.

Selain itu, penggunaan daun betik tidak mempunyai kesan sampingan, jadi ia selamat untuk penghidap demam denggi.

2. Mengawal gula dalam darah

BACA:  Selepas Beri Salam, Jangan Ubah Kedudukan Kita, Cuba Baca Zikir Ini

Daun betik sering digunakan sebagai ubat semula jadi bagi pesakit diabetes. Kajian terhadap tikus menerusi ‘Hypoglycemic effect of Carica papaya leaves in streptozotocin-induced diabetic rats’ menunjukkan bahawa daun betik memilik antioksidan dan penurun gula dalam darah yang baik.

Ia disebabkan kemampuan daun betik dalam melindungi sel penghasilan insulin di pankreas daripada rosak. Bagaimanapun, sehingga kini tiada kajian komprehensif terhadap manusia dilakukan untuk penelitian lebih dalam.

3. Memperbaiki sistem penghadaman

Air rebusan daun betik sering digunakan sebagai alternatif untuk meredakan sakit perut. Sebuah kajian bertajuk ‘Does Carica papaya leaf-extract increase the platelet count? An experimental study in a murine model’ menunjukkan bahwa daun betik mengandung serat yang berfungsi memperbaiki sistem pencernaan bernama papain.

Papain terkenal karena kemampuannya memecah protein besar menjadi protein dan asid amino yang lebih kecil dan lebih mudah dicerna.

Sebuah kajian bertajuk ‘Papaya preparation (Caricol) in digestive disorders’ menemukan bahawa penggunaan tambahan serbuk papain yang bersumber daripada buah betik dapat mengurangkan gejala pencernaan negatif, termasuk sembelit dan rasa memulas.

4. Memiliki kesan anti-inflamasi

Pelbagai olahan daun betik sering digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit keradangan dalaman dan luaran termasuk ruam kulit, sakit otot dan sendi.

Kajian bertajuk ‘Does Carica papaya leaf-extract increase the platelet count? An experimental study in a murine model’ menjelaskan daun betik mengandungi pelbagai senyawa yang bermanfaat sebagai anti-inflamasi, seperti papain, flavonoid, dan vitamin E.

5. Meningkatkan kesihatan kulit

Daun betik juga sering dijadikan sebagai bahan utama meningkatkan kesihatan kulit. Papain dalam daun betuk dapat digunakan sebagai exfoliation.

Daun betik dipercayai dapat menanggalkan sel kulit mati dan berpotensi mengurangkan pori-pori tersumbat dan pertumbuhan jerawat.

Selain itu, enzim daun betik juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.