≡ Menu

Khasiat Habbatus Sauda, Herba Yang Sangat Terkenal Dalam Perubatan Islam

ACAP kali kita dengar perihal tentang kebaikan habbatus sauda. Namun begitu, manfaat itu sekadar menyapa halwa telinga sahaja apatah lagi jika ia tidak diamalkan.

Barangkali tidak biasa atau mungkin juga sukar untuk mendapatkannya membuatkan tidak ramai untuk mengamalkannya.

Ketahuilah bahawa habbatus sauda atau jintan hitam itu terkandung pelbagai khasiat yang bukan calang-calang.

Malah, ia juga ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Shahihnya dari Manshur.

Daripada Khalid bin Sa’d, beliau berkata: “Kami pernah keluar dan bersama-sama kami ketika itu adalah Ghalib bin Abjaar. Lalu beliau ditimpa sakit ketika dalam perjalanan. Kami pun sampai di Madinah dan beliau masih sakit. Lalu, datang Ibn Abi ‘Atiiq menziarahi beliau, lantas beliau pun berkata kepada kami:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Hendaklah engkau menggunakan habbatus sauda ini. Ambillah daripadanya lima biji atau tujuh biji. Kemudian giling (lumatkan) ia dan titiskan minyaknya pada hidungnya pada sebelah sini dan sini. Bahawa Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku:

“Bahawasanya beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya pada habbatus sauda ini terkandung syifa’ (penawar) bagi segala penyakit kecuali dari as-Saam.” Aku bertanya, “Apa dia as-Saam?” Baginda bersabda: “Kematian.” (Sahih al-Bukhari)

Habbatus saudaDalam sebuah hadis yang lain pula, Abu Hurairah RA berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada habbatus sauda itu syifa’ (penawar) bagi segala penyakit kecuali as-Saam (kematian).” (Sahih al-Bukhari)

BACA:  Petua Mengurangkan Tekanan Darah. Cegah Dari Awal Usia

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelaslah bahawa habbatus sauda berupaya menjadi penawar segala penyakit kecuali kematian.

Begitupun, ia bukanlah bermaksud semua penyakit boleh diubati. Para ulama ada berbahas tentang perkara itu.

Memetik artikel yang disiarkan menerusi laman web ilmusunnah.com, Imam al-Nawawi menjelaskan: “Hadis itu dapat difahami juga merujuk untuk penyakit-penyakit yang bersifat sejuk sebagaimana perbahasan terdahulu pada perbahasan berubat dengan al-Qusth. Dan baginda SAW adakalanya menyebutkan sedemikian dengan berdasarkan apa yang beliau saksikan daripada kebiasaan keadaan para sahabat-sahabat baginda.” (Syarh Shahih Muslim, 14/196)

Begitu juga pandangan yang dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Rahimahullah yang menjelaskan: “Dikatakan bahawa sabda Nabi Muhammad SAW ‘penawar bagi segala penyakit’ adalah yang sesuai diubati dengannya kerana habbatus sauda bermanfaat bagi penyakit-penyakit yang bersifat dingin (atau sejuk). Adapun, penyakit yang bersifat panas, ia tidak sesuai. Benar pada sebahagian keadaan ia boleh untuk sebahagian sakit-sakit dari wilayah panas dan kering dengan sebab-sebab tertentu…”

Apakah sebenarnya manfaat yang ada pada habbatus sauda hinggakan ia disebut dalam hadis?

Menurut pendakwah terkemuka dari Indonesia, Khalid Basalamah, Ibnu Qayyim ada menyatakan, habbatus sauda bersifat panas dan kering yang boleh menghilangkan bengkak, kusta, bermanfaat untuk merawat demam, batuk dan kahak.

KHALID BASALAMAH
“Ia juga boleh membuka penyumbatan, mengusir angin dan mengeringkan bahagian-bahagian yang lembab pada perut.

“Kepada mereka yang botak, jintan hitam itu boleh diletakkan di kepala untuk menyuburkan rambut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video berbentuk audio yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA:  Fibroid: Ketumbuhan Paling Kerap Berlaku Pada Rahim Yang Boleh Membahayakan

Bukan sahaja dimakan atau digunakan begitu sahaja, Khalid Basalamah menjelaskan, jintan hitam tersebut juga digabungkan dengan campuran madu untuk mengubati beberapa penyakit.

Caranya adalah dengan menghancurkan habbatus sauda tadi dan campurkan dengan madu, kemudian dicampurkan dengan air panas sebelum diminum, ujarnya.

“Ia dikatakan berupaya memusnahkan batu ginjal dan batu di dalam air kencing yang akan membantu memudahkan kencing, darah haid dan susu ibu.

“Campuran itu boleh diminum secara berkala selama berhari-hari.

“Seandainya ia dipanaskan dengan campuran cuka buah pula, kemudian disapu pada perut, ia boleh membunuh bakteria,” katanya.

Habbatus saudaSementara itu, dalam artikel yang dipetik menerusi pautan ilmusunnah.com, Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebut: “Jalinus (Galenos) menyebutkan bahawa habbatus sauda mampu menyembuhkan kembung dan mengawal cacing perut apabila ia dimakan atau diletakkan di atas perut.

“Habbatus sauda mampu meredakan selesema apabila digoreng (secara kering), kemudian diletakkan pada cebisan kain kecil lalu dihirup aromanya (wapnya).

“Ia juga mampu menghilangkan penyakit yang mengelupaskan kulit…” (Lihat Syarh Sahih Muslim 14/197)

Subhanallah, begitu banyaknya khasiat habbatus sauda. Barangkali, kita boleh cuba mengamalkannya terutama ketika selesema, batuk dan demam.

Jangan lupa berdoa kepada ALLAH SWT agar diberikan kesembuhan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.