JERING
Archidendron pauciflorum adalah nama english / saintifik jering. Disebalik baunya yang kuat, ia mempunyai manfaat yang sangat berguna untuk kesihatan. Jering dalam bahasa latin dipanggil Pithecollobium Jiringa atau Pithecollobium Labatum adalah tumbuhan yang banyak di dapati di wilayah Asia Tenggara seperti Thailand, Myammar, Indonesia dan juga Malaysia.
Kenapa Jering berbau tidak menyenangkan? Untuk pengetahuan anda, bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur (S).
jering muda
Jering yang sudah matang dan belum dikupas kulitnya
Ketika di kunyah ia akan menjadi komponen yang lebih kecil, asid amino itu akan menghasilkan berbagai komponen flavor yang berbau kuat, kerana pengaruh sulfur tersebut. Salah satu gas yang terbentuk adalah gas H2S yang sangat berbau.Jika orang yang makan jering membuang air kecil di tandas dan tidak dicuci dengan sempurna maka tandas akan mengeluarkan bau yang kuat.
KAYA DENGAN ZAT
Hasil penelitian menunjukkan jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin. Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
Vitamin C sangat diperlukan tubuh untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C juga banyak hubungannya dengan berbagai fungsi yang melibatkan respirasi sel dan kerja enzim yang mekanismenya belum sepenuhnya difahami.
Jering merupakan sumber protein yang baik, iaitu 23.3 g per 100 g bahan. Keperluan protein setiap individu adalah tidak sama. Selain untuk membantu pertumbuhan dan pemeliharaan, protein juga berfungsi membangun enzim, hormon, dan imunisasi tubuh.
Jering boleh dibuat jeruk, masak lemak, ulam
Jering siap dikupas dan dipotong. Boleh dibuat ulam atau di masak.
Protein juga memberikan kesan menenangkan otak. Protein membantu otak bekerja dengan cepat dalam menerima pesanan. Bagi anak-anak, protein sangat berperanan untuk perkembangan tubuh dan sel otaknya. Pada orang dewasa, apabila terjadi luka dan sebagainya, protein dapat memulihkan kembali sel-sel yang rosak.
Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Gejala-gejala orang yang mengalami anemia kekurangan zat besi adalah lelah, lemah, pucat dan kurang ghairah, sakit kepala dan mudah marah. Penderita anemia kronik menunjukkan bentuk kuku seperti sendok dan rapuh, pecah-pecah pada sudut mulut, lidah sulit menelan.
Jering juga sangat baik bagi kesihatan tulang kerana kandungan kalsiumnya sangat tinggi iaitu 140 mg/ 100 g. peranan kalsium pada umumnya adalah untuk membantu pembentukan tulang dan gigi, serta mengatur proses biologis dalam tubuh.
Keperluan kalsium terbesar adalah pada saat membesar, tetapi pada masa dewasa penggunaan yang cukup sangat dianjurkan untuk memelihara kesihatan tulang. Penggunaan kalsium pada orang dewasa adalah 800 mg per hari.
Sambal jering
Sambal Jering dan ikan bilis. Sedap!
Kandungan fosfor pada jering (166.7 mg/100 g) juga sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta untuk penyimpanan dan pengeluaran tenaga. Dengan demikian, sesungguhnya banyak manfaat yang diperoleh dari memakan jering.
Namun, penggunaan jering dapat memberikan efek bau yang tidak sedap, samada bau nafas atau selepas anda membuang air kecil (bau tandas).
Berdasarkan kajian Soemitro pada 1987, senyawa aktif dalam kulit halus buah cenderung menunjukkan tindakbalas penurunan kadar gula darah yang besar sehingga baik untuk penderita diabetes.
Bagi anda yang sama sekali belum pernah memakan jering mungkin tidak terlalu menganggap ianya penting Bagi penggemar jering pula nampaknya anda perlu mengetahui manfaatnya.
CARA MENGURANGKAN BAU JERING
Kencing berbau kerana makan jering
Selepas anda makan jering, baunya anda akan bawa ke tempat lain. Mungkin tandas di pejabat anda.
1. Rendam jering beberapa minit sebelum memasaknya.
2. Toskan jering setelah direbus setengah masak, dan rendam kembali.
3. Makan timun.
4. Minum air putih yang banyak.
5. Kunyah beras dan telan.
KHASIAT JERING
1. Mencegah Anemia.
2. Menambah Zat Besi bagi wanita yang sedang period.
3. Mengawal kadar gula dalam darah.
4. Mencegah kereputan tulang
5. Merampingkan perut.
6. Pembentukan jaringan tubuh.
Khasiat buah jering
Makan jering membantu mengempiskan perut.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MAKAN JERING
1. Jering atau dikenal dengan Archidendron Jiringa, mempunyai khasiat diuretik iaitu memperbanyak buang air. Ianya sangat bagus bagi pesakit jantung yang menggunakan Furosemid / Lasix (r).
2. Jika dimakan berlebihan ia boleh mengundang bahaya bagi tubuh, kerana ia mengandungi asid yang berbentuk kristal dan tidak larut air dalam suasana asid. Oleh kerana tidak larut air dan bentuknya kristal, dikhuatiri boleh merosakkan ginjal.
3. Jadi pengambilan jering berlebihan hanya akan memburukkan lagi keadaan organ buah pinggang anda bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang.
Bahaya makan jering
Jangan mengambil jering yang berlebihan jika anda mengidap sakit buah pinggang
NOTA: Sesiapa yang menggemari jering, janganlah makan berlebihan, kerana dikhuatiri boleh menimbulkan mudarat.