≡ Menu

Khasiat Kesihatan Pokok Dukung Anak Yang Ramai Tidak Tahu Walaupun Selalu Tengok

Pernahkah anda mendengar pokok Dukung Anak? Rasanya kita semua pernah mendengarnya namun tidak semua mengenali bagaimana rupa pohon herba ini dan di mana ia banyak tumbuh. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel di bawah.

Pokok Dukung Anak
Nama saintifiknya ialah Phyllanthus. Merupakan spesies tumbuhan herba berubat. Ia banyak tumbuh di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, China dan Amerika Selatan.

Dukung Anak terdiri dari pelbagai jenis spesies. Kebanyakan spesies yang terdapat di Malaysia adalah dari jenis Phyllanthus Amarus, Phyllanthus Niruri, Phyllanthus Urinaria dan Phyllanthus Debilis. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai nama buah amin, rami buah, turi hutan dan nipon-nipon.

Kebiasaannya tumbuh di kawasan yang bertanah yang agak keras, seperti di celah-celah rekahan simen, di kawasan tanah terbiar, di tepi jalan, di kebun sayur serta kawasan yang paling hampir dengan anda iaitu dalam pasu bunga.

Dukung Anak biasanya tumbuh meliar di pinggiran batas tanaman dan kita hanya menganggapnya sebagai rumpai yang sukar dikawal dan tidak bergunan. Sebenarnya tumbuhan ini mempunyai nilai dalam perubatan (medicinal properties). Ia diiktiraf di kalangan pengamal perubatan herba tradisional tempatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pokok ini tergolong dalam herba tahunan yang kecil. Ia boleh tumbuh hingga 50-70 cm tinggi. Sangat mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. Ia adalah merupakan herba renek berbatang lembut.

Warna batangnya adalah hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil (2-3 mm panjang) dan tersusun di sepanjang tangkai daun. Buahnya pula terbentuk di bawah setiap pelepah daun.

KHASIAT DUKUNG ANAK

Bagi masyarakat kita, Dukung Anak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.

Akar

Akar yang masih segar mejnadi penawar yang berkesan merawat jaundis (penyakit kuning) terutamanya pada bayi yang baru lahir.

Buah
Buahnya berguna untuk mengubati luka, kerengsaan dan penyakit kulit seperti kurap.

Daun
Daunnya digunakan untuk merawat jangkitan kudis buta (scabies) dengan cara melumatkanya dan dicampur dengan sedikit garam. Minum air rebusan daun muda untuk merawat batuk.

Pati (Ekstrak)
Pati atau ekstrak akar dan daun muda berfungsi untuk menguatkan ginjal.

KEGUNAAN LAIN

Dukung Anak juga digunakan bagi merawat masalah batu karang pada buah pinggang dan hempedu (batu hempedu).

Juga digunakan untuk merawat diabetes, darah tinggi, digigit serangga berbisa, gatal-gatal dan cirit birit.

Selain itu, Dukung Anak turut digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas mengalami keguguran dan dijadikan penawar gonorrhea dan sifilis.

Pelbagai kumpulan bahan kimia terdapat atau terkandung dalam Dukung Anak seperti xylans, phenolics dan lignans yang mungkin dapat merawat atau mengawal penyakit-penyakit seperti di atas.

Sumber: myhealth.gov

KHASIAT DARI SUMBER LAIN

Artikel di bawah adalah bersumberkan daripada saudari Neesa Roslan menerusi facebook VMJ. Tiada kaitan dengan artikel di atas. Antara khasiat Dukung Anak adalah seperti berikut:

1. Ada yang mengatakan air rebusan Dukung Anak juga berkhasiat untuk wanita yang berikhtiar untuk mendapatkan anak.

2. Bagi kaum lelaki pula, Dukung Anak boleh digunakan untuk mengatasin masalah m4ti pucuk.

3. Kepada kaki ketum, tukarlah kepada air rebusan Dukung Anak sebagai booster atau tenaga kepada masalah keletihan. Jangan sampai dicampur macam-macam dalam Dukung Akan, habis pupus pula dan dih4ramkan nanti.

4. Bagi orang orang yang tidak cukup tidur, tentu merasa letih dan tidak bertenaga. Minum segelas air rebusan Dukung Anak, keletihan beransur hilang. Selepas sejam, segar.

5. Bagi suami yang mahukan power booster, minumlah segelas pati rebusan tanpa dicampur air kosong sejam sebelum aktiviti anda. Cuba dulu.

CARA REBUSAN

Basuh bersih-bersih daun dan akarnya. Rebus dengan kuantiti air sebanyak 2 cawan dan biarkan hingga kuantiti air menjadi secawan. Minum disertakan dengan SELAWAT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.