≡ Menu

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad. Renungilah Wahai Ummat Akhir Zaman

“KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD”

(Sallallahu’alaihi Wasallam)

Khutbah ini disampaikan pada 09 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah Gunung Arafah.

Mari kita renungi wasiat terakhir junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pegangan kita dan bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.

ALLAH SWT telah mengharamkan riba.

Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.

BACA:  Kanser Prostat, Jika Berusia 45 Tahun Ke Atas, Elok Lah Kita Berhati-Hati

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak

mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini,

“Sembahlah ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu”.

Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

BACA:  Selagi Nyawa Dikandung Badan, Dirikanlah Solat. Teramatlah Rugi Jika Meninggalkannya

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah “Al-Quran dan SunnahKu”.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang lain lebih memahami kata-kataKu dari mereka yang mendengar terus dariKu.

Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-hambaMU.

Riwayat : Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Lain-Lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.