≡ Menu

Kiasan Keagamaan Daripada Kisah Cinta Laila Dan Majnun.

SERING berlaku kekeliruan dalam kalangan setengah masyarakat dalam memahami konsep hadis daif.

Malah, ada yang menyangka sebagai hadis palsu ataupun paling tidak sama taraf dengan hadis palsu.

Pemahaman sebegini adalah tidak benar dan tidak menepati seperti yang dijelaskan ulama.

Ini kerana hadis daif bukan seperti hadis palsu, malah berbeza dari segi definisi masing-masing.

Hadis daif ialah hadis yang tidak memenuhi syarat hadis sahih sedangkan hadis palsu ialah hadis yang direka cipta lalu disandarkan secara dusta kepada Nabi SAW.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bagi menggambarkan kedudukan hadis daif, mungkin dapat dijelaskan melalui analogi berikut.

Iaitu secara umum, berita terbahagi kepada tiga jenis iaitu berita yang dikenal pasti benar, berita yang dikenal pasti palsu dan berita yang tidak dapat dikenal pasti sama ada benar atau palsu.

Dalam membicarakan isu hadis daif, ia termasuk dalam jenis ketiga iaitu berita yang tidak dapat dikenal pasti sama ada benar atau palsu.

Jenis berita ini disebut sebagai berita yang tidak pasti disebabkan ia ada kemungkinan benar dan ada kemungkinan palsu.

Bagaimanapun, faktor kemungkinan ini dapat ditentukan arah kecenderungannya berdasarkan tanda yang mengiringi di sekitarnya.

Jika tanda terbabit cenderung ke arah benar, maka kemungkinan ia adalah benar.

Sebaliknya, jika tanda terbabit cenderung ke arah palsu, maka kemungkinan ia adalah palsu.

Misalnya, dikatakan, “Di dalam kolam ini banyak ikan.”

BACA:  Hari Jumaat Tidak Terasa Semenjak Tiada Solat Jumaat. Namun Kita Perlu Tahu Hari Yang Dimuliakan Ini

Lalu, sekiranya dilihat ada riak-riak air di permukaannya, ia mungkin menandakan berita terbabit adalah benar.

Namun, sekiranya tidak didapati sebarang riak air, ia mungkin menandakan berita itu adalah palsu.

Bagaimanapun, kemungkinan pada berita atau hadis daif akan kekal sebagai kemungkinan saja.

Melainkan jika berita yang tidak pasti itu disokong oleh berita yang sahih, maka barulah kemungkinan terbabit hilang.

Begitu juga hadis daif, sekiranya ada hadis sahih yang menyokongnya, statusnya boleh meningkat daripada daif kepada status yang lebih kuat iaitu hadis hasan (baik).

Bagaimanapun, berita biasa yang tidak pasti dan sekadar kemungkinan saja tidak ada nilainya.

Ini berbeza dengan kedudukan hadis daif kerana ia disandarkan kepada Rasulullah dan bersangkut dengan diri baginda yang mulia.

Kedudukan besar baginda menjadikan apa yang berkait dengan baginda juga adalah besar walaupun sekadar kemungkinan.

Justeru, faktor kemungkinan yang ada cukup diambil berat oleh ulama dan tidak dibiarkan begitu saja. Lantaran itu, mereka menyusun secara terperinci hukum hakam berkaitan dengan hadis daif.

Antaranya, mereka memberikan kelonggaran bagi hadis daif diguna pakai dalam bab fadilat amal dan perkara yang tidak membabitkan hal akidah dan hukum.

Bagi pencinta Rasulullah dan pengamal sunah yang sebenar, aspek kemungkinan pada hadis daif tadi sudah cukup memadai untuk mereka mengamalkannya dan tidak meninggalkan apa juga yang berkait dengan baginda.

Walau hal yang sekecilnya sekalipun menurut skop yang dibenarkan.

BACA:  Makanlah Makanan Yang Halal Dan Baik Disisi Islam

Demikian lebih menyantuni sunah Rasulullah.

Kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar: “Sewajarnya bagi sesiapa yang sampai kepadanya hadis fadilat amal, maka hendaklah ia mengamalkannya walaupun sekali, supaya ia akan tergolong dalam kalangan ahlinya. Dan tidak sewajarnya ia meninggalkannya secara mutlak, bahkan hendaklah ia mengamalkannya menurut kadar yang dia mampu.”

Oleh kerana hadis daif masih ada kemungkinan berkaitan dengan Baginda, maka pencinta sunah sebenar tidak akan berasa enteng untuk meninggalkannya atau melihatnya sebagai hal remeh.

Ibarat orang yang bercinta, pasti akan mencintai jua apa saja yang berkait dengan orang yang dicintai.

Cendekiawan sering mengambil kiasan daripada kata-kata Qais al-Majnun terhadap kekasihnya, Laila: “Akan kukelilingi kota itu, kota Si Laila. Akan kukucupi semua dinding rumah-rumahnya. Bukan kerana cintakan kota itu hatiku terpaut rindu, tapi kerana cintakan dia yang tinggal di dalamnya.”

Sepintas lalu yang dapat difahami, rumah di dalam kota terbabit sudah tentu tiada hubung kait dengan Laila melainkan dari segi dia tinggal di dalam kota itu saja.

Namun, hubung kait yang dilihat begitu jauh ini sudah cukup meruntun dan mengujakan hati Qais al-Majnun.

Demikianlah sewajarnya cinta kepada Rasulullah.

Kesepakatan ulama terhadap hukum harus beramal dengan hadis daif dengan syaratnya boleh diibaratkan sebagai bukti kecintaan sebenar mereka terhadap sunah baginda.

Lantaran itu, mereka tidak menolak atau mengetepikan hadis daif begitu saja secara menyeluruh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.