≡ Menu

Kisah Bilal Bin Rabah, Muazin Pertama Dalam Islam.

Menyebut tentang laungan azan, pasti akan terbayang tentang sirah mengenai sosok tubuh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang hebat iaitu kisah Bilal bin Rabah.

Kisah Bilal bin Rabah ini sentiasa diceritakan dalam kalangan masyarakat, tidak mengira lapisan usia. Hal ini kerana keteguhan hati beliau yang sungguh kental menjaga agamanya.

Siapa Bilal bin Rabah ini? Bilal bin Rabah ataupun nama sebenarnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dilahirkan di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum Hijrah dan berasal dari Habasyah (Ethopia).

Daripada segi fizikal, Bilal bin Rabah dikatakan seorang lelaki yang bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap kerana bukan daripada kalangan bangsa arab.

Untuk pengetahuan, Bilal merupakan seorang hamba kepada Umayyah bin Khalaf. Apabila Bilal bin Rabah tahu pasal Islam dan Rasulullah SAW, beliau terus saja menemui Baginda dan menyatakan dirinya untuk memeluk Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bilal bin Rabah juga merupakan antara sahabat nabi yang berasal daripada bukan Islam. Kisah Bilal bin Rabah yang memeluk agama Islam ini diketahui oleh tuannya sendiri iaitu Umayyah bin Khalaf.

BACA:  Dahsyat Sungguh Khasiat Barli. Boleh Mencegah Dan Merawat Banyak Penyakit

Dihukum gara-gara peluk Islam

Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, Umayyah berasa sangat marah dengan tindakan Bilal lalu menyeksanya dengan meletakkan batu ke atas badannya di bawah panas terik di gurun selama beberapa hari.

Berkali-kali Umayyah bin Khalaf menghukum dan memintanya agar meninggalkan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Namun, Bilal tetap teguh pendiriannya.

Beliau selalu mengucapkan “Ahad-Ahad” yang bermakna ‘Allah Yang Satu’.  Akhirnya, sahabat Baginda SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq datang membelinya daripada Umayyah dan memerdekakannya.

Tibalah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah membawa ajaran Islam. Bermulah kisah Bilal bin Rabah ini mula dikagumi setelah terbinanya Masjid Nabawi, Rasulullah mensyariatkan seseorang untuk melaungkan azan. Persoalannya, siapakah yang akan melaungkan azan?

Insan pertama laungkan azan

kisah Bilal bin Rabah telah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai muadzin pertama Islam sehingga beliau digelar sebagai ‘muadzin Rasulullah’. Hal ini kerana, sepanjang kehidupan Baginda tiada siapapun yang menggantikan Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan.

BACA:  Ini Ketetapan Syarak Tentang Zakat Fitrah, Tunaikanlah

Sewaktu kewafatan Baginda Muhammad SAW, Bilal meminta kepada kepada Abu Bakar untuk tidak lagi melaungkan azan. Namun jawab Abu Bakar, “Mana mungkin aku menurunkan darjat seseorang yang telah diangkat oleh Rasulullah sewaktu hidup,”

Lalu Bilal berkata, “Aku tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan kerana ketika aku melihat menara, aku akan terbayang bersama baginda Nabi Muhammad SAW bersama memori aku bersama baginda,”

Akhirnya, Bilal bin Rabah berpindah ke Syria. Akibat kerinduannya yang amat mendalam terhadap Rasulullah SAW, Bilal telah bermimpi tentang Baginda sehingga berjurai-jurai air matanya apabila terjaga dari tidur.

Lalu, Bilal bin Rabah pun kembali semula ke Madinah untuk melawat makam Rasulullah SAW.

Semoga kisah Bilal bin Rabah tentang kerinduannya terhadap Nabi Muhammad SAW ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.