Dalam kehidupan seharian, kebersihan tubuh badan perlu sentiasa dititikberatkan oleh semua orang. Hal ini kerana tubuh kita telah terdedah dengan pelbagai kotoran yang bukan sahaja ketika di luar, malah sewaktu di dalam rumah juga. Jadi, sebaiknya kita perlu bersihkan segala daki-daki yang terkumpul terutamanya di pelipat badan ketika mandi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang yang mengalami keadaan tidak dapat menanggalkan kotoran hitam di celah pelipatnya kerana ia ternyata bukan daki badan tetapi kulit berkerak.
Menurut perkongsian oleh Public Health Malaysia(PHM) menerusi Facebook, keadaan kulit berkerak yang kehitaman dan mempunyai permukaan seperti kain baldu bukanlah daki sebenarnya.
Tambahan pula, keadaan itu dikenali sebagai akantosis nigrikans. Ianya dikatakan berlaku akibat kerintangan insulin pada bahagian kulit yang kebiasaannya terhadap individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
Keadaan ini dikatakan boleh menjadi petanda awal penyakit diabetes. Maka, kami menyarankan agar individu yang mengalami keadaan seperti ini dapat menurunkan berat badan mereka.
Kulit berkerak yang kehitaman dan mempunyai permukaan seperti kain baldu ini bukan daki ya. Walaupun anda sental dengan berus ia tetap tidak hilang!
Keadaan kulit ini dikenali sebagai akantosis nigrikans. Biasanya ia berlaku pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan terjadi di leher, ketiak, celah peha dan mana mana bahagian pelipat.
Ia berlaku akibat kerintangan insulin pada bahagian kulit. Ia menyebabkan pengakitifan reseptor pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan kulit menjadi semakin tebal.
Sesiapa yang ada masalah ini perlu menjalani pemeriksaan gula kerana berisiko mendapat diabetes. Jika masih berusia muda dan remaja, ambil peluang untuk kurangkan berat badan.Berat badan semakin berkurangan, kesan kulit berkerak akan turut berkurangan