≡ Menu

Kurang Tidur Penyebab Hipertensi. Awaslah, Tidur Bukan Perkara Yang Remeh.

SALAH satu kesan akibat kurang tidur adalah risiko penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Justeru, menjaga kuantiti dan kualiti tidur pada waktu malam sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Ketahui apa kaitan kekurangan tidur dengan penyakit darah tinggi.

1. Kurang tidur sebabkan darah tinggi?

Kurang tidur boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kerana proses metabolisme dan pengawalan tekanan dalam tubuh terganggu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semakin singkat tidur, risiko tekanan darah tinggi juga semakin besar terutama bagi yang berisiko seperti usia dan penyakit sedia ada seperti diabetes.

Tidur yang cukup sangat membantu mengatur hormon stres dan metabolisme agar tetap terkawal. Ketika seseorang kurang tidur dalam jangka panjang, hormon di dalam tubuh akan mengalami perubahan.

Akibatnya, tekanan darah boleh meningkat naik.

2. Waktu tidur yang baik untuk kesihatan

BACA:  Gemar Bersendirian? Anda Mungkin Introvert, Cuma Anda Tak Tahu

Keperluan waktu tidur yang cukup bagi setiap individu adalah berbeza-beza, bergantung pada usia, iaitu;

a. Kanak-kanak sekolah – Minimum 10 jam

b. Remaja – Sembilan hingga 10 jam

c. Dewasa – Tujuh hingga lapan jam.

Kebanyakan orang dewasa yang kurang tidur kerana mereka hanya tidur kurang daripada enam jam setiap malam.

Sedangkan kanak-kanak dan remaja tidur selama lapan jam setiap malam.

Penyebab kurang tidur itu boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara seperti tekanan, kerja shif, pemakanan atau gangguan tidur yang lain.

3. Cara mengatasi kurang tidur

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah kurang tidur sekaligus menurunkan risiko seseorang terkena penyakit tekanan darah tinggi.

a. Cuba buat jadual tidur termasuk di hari minggu. Pastikan ikut jadual tersebut bagi membolehkan ia menjadi kebiasaan.

BACA:  Tidak Rugi Pun. Berbuat Baiklah Sesama Jiran. Mereka Juga Punya Hak Yang Sama Rata Dengan Kita

b. Dapatkan cahaya semula jadi yang cukup terutamanya pada waktu pagi dengan berjalan kaki di sekitar kawasan rumah.

c. Pastikan anda aktif bergerak pada waktu siang. Jika rutin kebanyakannya di pejabat, usahakan untuk bergerak setidak-tidaknya sejam sekali

d. Pastikan anda bersenam setidak-tidaknya seminggu dua kali tetapi elakkan senaman yang terlalu dengan dengan jadual tidur.

e. Sejam sebelum tidur elak terkena paparan cahaya daripada televisyen, komputer atau pun telefon.

f. Jangan makan atau minum terlalu dekat dengan jadual tidur atau dua jam sebelum tidur. Elak makanan berlemak, manis dan kafein.

g. Pastikan bilik anda sejuk, gelap dan tenang

h. Jika ada masalah tertentu, pastikan penyakit tersebut terkawal dan segera berjumpa doktor sekiranya masalah itu tidak selesai.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.