≡ Menu

Kurang Vitamin D, Ini Yang Akan Berlaku Pada Tubuh Anda

Menurut kajian, Vitamin D amat penting untuk pertumbuhan tulang yang kuat, mood yang lebih baik dan juga membantu penurunan berat badan. Namun, tanda-tanda yang muncul jika anda kekurangan vitamin ini selalunya tidak begitu menonjol.

Jadi jika anda sedar anda mempunyai tanda-tanda yang kami kongsikan ini, jumpa dengan pakar.

Otot terasa lemah

Kekuatan otot yang merosot boleh jadi disebabkan oleh kekurangan vitamin D dalam otot dan juga tisu saraf.

Kemurungan

Wanita yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah berpotensi mempunyai dua kali lebih kemungkinan menghadapi kemurungan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kekuatan tulang merosot
Vitamin D menggalakkan pertumbuhan tulang tetapi apabila badan anda rendah dengan nutrien, tulang anda menjadi lemah, bermakna risiko anda untuk mendapat keretakan tulang juga meningkat.

BACA:  Jika Hari Anda Dilanda Kegelapan, Malam Anda Penuh Musibah Dan Sahabat Dekat Berpaling, Maka Hendaklah Anda Solat.

Tekanan darah yang tinggi
Vitamin D memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan membantu mengawal tekanan darah. Oleh itu, apabila anda tidak mendapat cukup vitamin D , tekanan darah anda boleh menjadi tinggi.

Rasa mengantuk

Dalam satu kajian pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine,, tahap rendah vitamin D telah dikaitkan dengan tahap yang rasa mengantuk pada waktu siang yang lebih tinggi.

Emosi tidak menentu
Sebelum anda menyalahkan PMS kerana menyebabkan mood anda menjadi pasang surut, ketahuilah bahawa vitamin D mempengaruhi tahap serotonin dalam otak yang juga memberi kesan terhadap mood anda.

Healthy foods containing vitamin D. Top view

Stamina yang merosot
Beberapa kajian telah menunjukkan keupayaan aerobikdan stamina para atlet berkurang akibat tahap vitamin D yang rendah.

Mengapa kita memerlukan vitamin D? Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang. Vitamin D juga berperanan dalam sistem saraf, otot, dan imun anda.

Anda boleh mendapatkan vitamin D dengan tiga cara – melalui kulit anda, dari diet anda, dan dari makanan tambahan. Tubuh anda membentuk vitamin D secara semula jadi setelah terdedah kepada cahaya matahari. Tetapi terlalu banyak pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan penuaan kulit dan kanser kulit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.