≡ Menu

Kurangkan 10 Jenis Makanan Ini Jika Kerap Mengantuk Ketika Kerja

Tidur adalah proses semula jadi tubuh badan. Setiap individu memerlukan tidur yang cukup bagi memastikan tahap kesihatan yang baik, badan tidak lesu atau menjadi tekanan kepada diri. Oleh itu, di dalam artikel ini, mari kita kenali jenis makanan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mendapatkan tidur yang lena.

Bagaimana mengantuk boleh terjadi
Keperluan tidur dalam sehari ialah 8 jam. Terdapat satu hormon yang mengawal atur kitaran bangun-tidur manusia iaitu hormon melatonin. Kelenjar pineal di dalam otak berfungsi menghasilkan hormon melatonin. Manakala, fungsi melatonin ini berkait rapat kepada cahaya dan kegelapan.

Jika terdedah kepada cahaya, kelenjar pineal akan mengeluarkan hormon melatonin dengan sedikit sahaja. Lebih banyak pengeluaran hormon melatonin, seseorang akan berasa mengantuk dan berkeinginan untuk tidur. Oleh itu, dengan faktor pencahayaan, paras melatonin yang sedikit pada waktu siang menyebabkan kita terjaga dan paras yang meningkat pada waktu malam menyebabkan kita berasa mengantuk dan bersedia untuk tidur.

Beberapa faktor seperti umur, waktu kerja, stress dan tabiat gaya hidup merupakan penyebab melatonin tidak cukup untuk dikeluarkan. Kesan daripada melatonin yang tidak cukup menyebabkan anda mengalami masalah sukar untuk tidur.

Bagaimana makanan menyebabkan rasa mengantuk?
Perubahan diet adalah satu cara mudah untuk meyelesaikan masalah sukar tidur. Dengan mengambil makanan ini, kemungkinan anda boleh mengalami tidur yang lebih baik. Namun, mengambil makanan ini tidak bermakna anda boleh tidur dengan lebih banyak, kerana makanan yang berlebihan juga akan menyebabkan anda mengalami tidur dan rehat yang terganggu. Oleh itu, bersederhana dalam mengambil makanan dan melakukan gaya hidup sihat untuk anda mendapatkan tidur yang lebih baik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setiap makanan mempunyai nutrien di dalamnya. Namun, terdapat beberapa nutrien yang mempunyai kesan positif terhadap tidur. Hal ini kerana, nutrien khas ini mempunyai tindak balas yang positif terhadap penghasilan melatonin untuk menghasilkan rasa mengantuk dan tidur yang lebih baik. Antara nutrien yang terlibat ialah kalsium, kalium, magnesium, tryptophan, dan vitamin B6.

BACA:  Penyakit Alahan Gandum? Ada Ke? Ketahui Lebih Lanjut

Jenis- jenis makanan yang menyebabkan rasa mengantuk

1. Nasi putih

Nasi putih adalah tinggi indeks glisemik. Di mana gula dalam darah akan naik dengan cepat, dan menyebabkan insulin juga meningkat dalam darah. Peningkatan gula dan insulin menyebabkan nutrien tryptophan untuk bekerja di dalam otak. Di mana nutrien tryptophan ini diperlukan oleh badan untuk membuat hormone melatonin. Waktu disarankan mengambil nasi putih ini ialah 4 jam sebelum tidur.

2. Susu

Kalsium adalah satu nutrien yang boleh memproses tryptophan dan hormone melatonin. Kalsium akan membantu secara langsung menukarkan tryptophan kepada melatonin di dalam otak. Kalsium juga boleh didapati di dalam produk tenusu seperti keju dan juga yogurt sekiranya anda kurang gemar susu.

3. Ikan

Ikan juga tergolong di dalam kumpulan makanan yang mampu memberikan perasaan mengantuk. Beberapa jenis ikan ialah tuna, salmon, sardin, tongkol, cencaru, bawal, keli dan sebagainya. Ikan mempunyai kandungan vitamin B6, dimana membantu pembinaan hormon melatonin. Vitamin B6 juga dapat mengurangkan tekanan dan memberi tidur yang lena dan berkualiti.

4. Buah pisang

Pisang kaya dengan nutrien kalium yang dapat membantu anda tidur sepanjang malam. Namun, pisang juga kaya dengan tryptophan dan magnesium yang mampu memberikan tidur yang lena kerana membantu penghasilan hormon serotonin dan melatonin. Di mana, hormon serotonin membantu mengawal mood anda dan memberikan tidur yang tenang.

5. Kacang

Kacang kaya dengan magnesium dan tryptophan. Nutrien ini memberikan galakkan positif kepada serotonin. Dengan adanya nutrien magnesium dan tryptophan, hormon serotonin dihasilkan dengan lebih banyak dan dapat memberikan tidur yang berkualiti. Antaranya ialah kacang walnut, kacang tanah, kacang hazelnut, dan kacang gajus.

6. Daging ayam

Ayam mempunyai tryptophan. Tryptophan ialah sejenis asid amino yang boleh di dapati ketika makan atau minum. Ianya membantu badan dalam membuat hormon serotonin (hormon untuk tenang) dan membantu membuat melatonin (hormone untuk tidur). Kedua-dua hormone ini amat penting untuk tidur yang berkualiti.

7. Bijirin penuh

Makanan bijirin dapat menggalakkan pengeluaran insulin.di dalam darah. Di mana insulin dapat memberikan kesan positif kepada aktiviti tryptophan di dalam otak untuk menghasilkan melatonin. Selain itu, bijirin penuh juga mempunyai magnesium bagi memberikan tidur yang lena. Kekurangan magnesium di dalam badan akan menyebabkan anda terjaga ketika tidur dan menyebabkan tidur tidak berkualiti. Contoh bijirin penuh ialah barli, oats, beras perang, roti mil penuh, pasta mil penuh dan biskut mil penuh.

8. Bayam

Seperti susu dan tenusu, bayam juga kaya dengan kalsium yang membantu penghasilan tryptophan dan melatonin. Namun, selain itu, bayam juga kaya dengan vitamin B6. Di mana dapat memberikan rasa tenang sebelum dan semasa tidur.

9. Buah kiwi

Buah kiwi kaya dengan antioxidant dan juga serotonin. Serotonin sebagai hormon untuk tenang sangat bermanfaat untuk tidur yang berkualiti. Pengambilan kiwi sebelum tidur dapat membantu dari bermulanya waktu tidur, tempoh tidur yang lebih lama dan kualiti tidur yang efektif.

10. Buah ceri

Buah ceri boleh diambil secara minuman atau buah segar bagi membantu anda tidur. Buah ceri kaya dengan vitamin B dan magnesium. Nutrien ini dapat membantu penghasilan hormon melatonin, dan seterusnya memberi rasa mengantuk kepada anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, secara umum memilih makanan yang terdapat nutrien kalsium, kalium, magnesium, tryptophan, dan vitamin B6 mampu memberikan anda rasa mengantuk dan tidur yang berkualiti.

Ini bukanlah bermaksud anda wajib mengelakkan makanan seperti ini untuk mengelakkan rasa mengantuk, tetapi anda boleh cuba mengurangkan dari sudut kuantiti untuk mengelakkan rasa mengantuk yang melampau ketika pengambilan jenis makanan ini.

Anda boleh mencuba makanan tersebut pada waktu petang atau sebelum tidur dan memiliki tidur yang tenang, dan berkualiti. Diharapkan artikel makanan yang menyebabkan rasa mengantuk ini dapat memberi manfaat. Selamat mencuba!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.