≡ Menu

Kurangkan Risiko Angin Ahmar Dengan Mengamalkan Sayur-Sayuran Ini. Insya’Allah

DARAH tinggi dianggap penyakit biasa bagi rakyat Malaysia, tetapi ditakuti kerana boleh menjadi pembunuh senyap kepada pesakit.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati 6.4 juta rakyat dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi.

Mereka perlu bergantung dengan ubat yang diberikan doktor atau pegawai farmasi bagi memastikan tekanan darah sentiasa terkawal.

Namun, ramai pesakit tidak mengetahui bahawa terdapat ‘petua’ menurunkan penyakit darah tinggi menggunakan bahan semula jadi.

Pakar Antioksidan Dr Suri Roowi berkata, ‘Journal of Medicinal Plants Research’ yang diterbitkan pada 2011 menyenaraikan beberapa jenis sayuran yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurutnya, sayuran ini murah dan mudah didapati seperti bawang putih, saderi dan brokoli.

“Bawang putih kaya pelbagai khasiat dan banyak digunakan dalam masakan bagi menambah rasa yang lebih enak.

“Ia juga sangat berguna kepada mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

BACA:  (Video) Wakil Syiah Malaysia sambut Hari Asyura di Karbala; berakhirlah Taqiyyah (penafian) selama ini

“Caranya ialah makan seulas bawang putih setiap hari selama 12 minggu, ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi,” katanya.

Katanya, menerusi cara ini, ia dapat mengelakkan risiko serangan angin ahmar berpunca daripada penyakit berkenaan.

Beliau berkata, seterusnya ialah saderi yang diketahui kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan.

“Malah, saderi juga tinggi dengan bahan yang dikenali sebagai apegini.

“Bahan ini boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi,” katanya.

Dr Suri kata, brokoli juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi kerana dalam sayuran ini mengandungi satu bahan berkhasiat yang dikenali sebagai ‘glucoraphanin’.

“Glucoraphanin meningkatkan kandungan antioksidan dan keupayaan antikeradangan dalam brokoli yang dapat memulihkan masalah disfungsi seperti darah tinggi.

“Oleh itu, pesakit darah tinggi perlu mengamalkan memakan brokoli,” katanya.

Katanya, pada masa sama, pengambilan minyak zaitun juga baik kerana kandungan tinggi bahan asid lemak mono tidak tepu (lemak sihat) yang sangat baik untuk kesihatan.

BACA:  Jangan Sesekali Meninggalkan Hand Sanitizer Dalam Kereta. Sangat Merbahaya

“Jadikan minum minyak zaitun sekurang-kurang dua sudu setiap hari sebagai amalan.

“Selain membantu menurunkan tekanan darah tinggi, khasiat minyak zaitun juga dapat mencegah penyakit kronik,” katanya.

Menurut Dr Suri, pesakit darah tinggi turut disarankan mengambil makanan tinggi mineral, contohnya potasium, kalsium dan magnesium.

“Apa yang penting ialah sumber natrium atau garam mesti rendah. Ini satu cara untuk mengurang atau mencegah tekanan darah tinggi.

“Saya juga meneruskan kajian menerusi pembacaan dan menemui satu sumber makanan berkhasiat yang dikenali sebagai serbuk anak pokok barli,” katanya.

Jelasnya, ia adalah sejenis sumber barli yang kaya dengan kalsium, potassium, magnesium, protein dan sangat rendah sodium.

“Hasil kajian juga menunjukkan, serbuk anak pokok barli ini mengandungi 50 kali kalsium dan 34 kali potassium lebih tinggi berbanding beras putih.

“Khasiat ini menunjukkan serbuk ini boleh menurunkan tekanan darah tinggi,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.