≡ Menu

Lakukan Dhuha Dengan Penuh Istiqamah, Insya’Allah, Allah Akan Mencukupkan Rezeki Kita. Ayuh Berdhuha

BAGI junjungan besar Nabi Muhammad SAW, solat bagi baginda merupakan manifestasi takwa, tanda kesyukuran tidak terhingga dan ekspresi cintanya kepada YANG MAHA ESA.

Solat juga berfungsi sebagai riyadhah ruhiyah (melatih kerohanian) yang dapat menghadirkan kenikmatan dan kebahagiaan dalam diri seseorang.
Selain solat fardu lima waktu, umat Islam dianjurkan untuk ‘mengakrabkan‘ diri dengan solat duha kerana ia merupakan sunnah istimewa dengan keutamaan yang sungguh luar biasa.

Malah, Rasulullah SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah yang juga seorang perawi hadis agar menjadikan solat tersebut sebagai rutin yang perlu dilakukan setiap hari.

Kelazimannya, masyarakat sering berpendapat, dengan menunaikan solat duha, ia merupakan salah satu cara menjemput rezeki. Ternyata, fadilatnya bukan setakat itu sahaja, bahkan membaca doa seusai solat, ia memberi beberapa kelebihan lain.

Terdapat banyak dalil, baik daripada al-Quran mahupun hadis yang menegaskan tentang ibadah hebat itu.
Solat duha juga berhubungan dengan durasi masa. Justeru, apakah waktu terbaik untuk mengerjakannya? Apakah surah yang disyorkan dibaca selepas al-Fatihah?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Solat duha turut dikenali sebagai solat al-Awwabin. Imam Al-Hakim dalam mustadraknya yang diperakukan sahih oleh al-Albani dalam Kitab Silsilah al-Ahadis al-Sahih berkata: “Tidak akan memelihara solat duha melainkan seorang Awwab. Dan solat duhalah merupakan solat orang-orang Awwab (Awwabin).“

Awwabin merupakan kata jamak bagi awwab yang bermaksud orang-orang yang kembali kepada ALLAH SWT. Hanya golongan al-Awwabin sahaja yang mampu beristiqamah untuk menunaikan solat sunat tersebut. Dengan kata lain, mereka sentiasa memikirkan diri lemah dan selalu merendah diri dengan ALLAH.

“Segala kelebihan dan kemuliaan yang ada pada mereka dikembalikan kepada ALLAH semata-mata dengan penuh rasa syukur dan insaf. Jika ada kelemahan dan kecuaian juga, golongan itu akan segera kembali kepada-NYA dengan taubat dan istighfar,“

“Solat awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).“

Pernyataan itu bermaksud, solat sunat berkenaan boleh didirikan pada waktu antara selepas matahari naik lebih kurang segalah (iaitu lebih kurang 20 hingga 30 minit selepas matahari terbit) sehinggalah kepada matahari tegak di atas kepala, sebelum masuknya waktu Zuhur.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melaksanakan solat duha pada hari Fathu Mekah (pembukaan kota Mekah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

BACA:  Hati Resah, Gelisah Dan Cemas? Doa-Doa Ini Perlu Dilazimi Agar Hati Sentiasa Tenang

“Ia (solat duha) tidak termasuk dalam kategori solat yang disunatkan berjemaah. Jadi, lebih afdal dilakukan secara bersendirian. Seperkara, tidak ada ketetapan khusus untuk kita membaca mana-mana surah pun.

“Namun begitu, terdapat ulama yang menyarankan agar kita membaca Surah as-Shams pada rakaat pertama dan Surah ad-Dhuha pada rakaat kedua setiap kali selepas bacaan Surah al-Fatihah. Ini diambil kira sebagai bersesuaian dengan situasi dan waktu solat tersebut.”

Surah ad-Dhuha sangat disyorkan untuk dilazimi kerana ia menjadi motivasi kepada Rasulullah SAW.

“Surah ini diturunkan ketika baginda berada dalam kegelisahan dan surah ini diiringi dengan sumpah ALLAH bahawa baginda akan sentiasa dalam jaminan perlindungan-NYA,” katanya.

Merujuk kepada ayat enam hingga lapan dalam surah itu bermaksud: “Bukankah DIA mendapati engkau yatim piatu, lalu DIA memberikan perlindungan? Dan DIA mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu DIA memberikan kecukupan.”

“Lakukan dengan penuh istiqamah. Sesungguhnya, solat ini boleh menjadi kunci penyelesaian dan merungkai segala permasalahan dan kekhuatiran yang terbuku dalam sanubari kita, selain mencukupkan rezeki sepertimana janji ALLAH kepada hamba-NYA,”

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.