≡ Menu

Larangan Berburuk Sangka Sesama Muslim. Jangan Sesekali Berprasangka Buruk

Bersangka buruk kepada orang lain adalah akhlak yang tercela dan dilarang dalam agama. Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسوُلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ

“Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Jauhi prasangka buruk, sesungguhnya prasangka buruk itu adalah ucapan yang paling dusta.’ (HR Bukhari No 6066).

Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَّعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ تَوّابٌ رَّحيمٌ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat ayat 12)

BACA:  Beruntunglah Jika Kita Merasakan Rindu Untuk Melakukan Ibadat

Namun ada prasangka buruk yang dibolehkan. Syaikh As Sa’di menjelaskan surat al-Hujurat ayat 12 di atas: “Allah SWT melarang sebahagian besar prasangka terhadap sesama Mukmin, kerana ‘sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa’. Iaitu prasangka yang tidak dengan fakta dan bukti”. Jika prasangka didasari bukti atau fakta, maka tidak termasuk ‘sebahagian prasangka‘ yang dilarang.

Ambillah ibrah daripada kisah Luqman al-Hakim bersama anak dan keldai. Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman  memasuki pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dengan berjalan dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sebahagian orang pun berkata, “Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa itu, dia naik keldai sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu menyuruh anaknya pula yang menunggangi keldai tersebut. Melihat yang demikian, maka sebahagian orang di pasar itu berkata pula, “Lihat si anak, sedap menaiki keldai, sedangkan orang tuanya berjalan kaki, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai bersama-sama dengan anaknya. Kemudian apabila dilihat oleh orang ramai, ada yang berkata, “Lihat dua beranak itu, sanggup menaiki seekor keldai berdua, mereka telah menyeksa keldai itu.”

BACA:  Kufur Tanpa Kita Sedar. Nauzubillah. Hati-Hati Bertutur, Agar Kita Tidak Menyesal Di Akhirat Sana

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai, sambil berjalan dengan memegang tali keldai. Kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang tu sanggup berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki.”

Dalam perjalanan pulang, Luqman telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Ada sahaja orang yang tidak bersetuju terhadap orang lain. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, carilah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu: Pertama, tipis keyakinannya tentang agama.

Kedua, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya).

Ketiga, hilang kemuliaan hati (keperibadiannya).

Lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Jauhilah daripada berprasangka buruk kepada saudara kita yang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.