≡ Menu

Larangan Menzalimi Pekerja, Berilah Upah Yang Setimpal Dan Mengikut Waktu

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَتَیَاۤ أَهۡلَ قَرۡیَةٍ ٱسۡتَطۡعَمَاۤ أَهۡلَهَا فَأَبَوۡا۟ أَن یُضَیِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِیهَا جِدَارࣰا یُرِیدُ أَن یَنقَضَّ فَأَقَامَهُۥۖ قَالَ لَوۡ شِئۡتَ لَتَّخَذۡتَ عَلَیۡهِ أَجۡرࣰا

“Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!” [Surah al-Kahfi 77]

#Ayat ini menunjukkan harus mengambil upah di atas kerja yang dilakukan. Dalam ayat diatas juga menceritakan berkaitan keharusan mengambil upah pembinaan tembok iaitu satu kerja yang telah dibuat.

#Para ulamak Islam telah sepakat bahawa upah daripada kerja wujud dalam perundangan Islam. Ini disebabkan manusia diciptakan Allah swt mempunyai kelebihan dan kepandaian yang berbeza-beza. Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, mereka akan saling memerlukan kepada yang lain. Kelebihan dan kepandaian ini dapat diambil manfaat secara baik melalui upah di antara satu pihak dengan yang lain.

#Dalam surah at-Talaq ayat 6, Allah swt mengingatkan untuk memberi upah kepada wanita yang menyusukan bayi. Jika harus memberi upah dalam penyusuan maka sudah tentu dikiaskan juga kepada perkara yang lain dalam kehidupan manusia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Bahkan Ijmak ulamak daripada kalangan para sahabat, tabien, fuqahak termasuk imam mazhab yang empat Hanafi, Malik, Syafie dan Ahmad memperakukan keharusan memberi gaji atau upah.

#Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.huma bahawa Nabi saw bersabda:

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

“Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya” (HR Ibn Majah, al-Baihaqi dan at-Tabarani)

#Imam al-Munawi berkata: “Haram hukumnya menunda gaji pekerja sedangkan tidak ada kekangan untuk segera menyerahkannya. Perintah untuk menyerahkan gaji sebelum mengering peluh para pekerja adalah satu kiasan atas wajibnya menyegerakan setelah pekerjaan mereka selesai, ketika para pekerja memintanya meskipun belum sampai berpeluh, atau berpeluh dan telah kering.” (Lihat: Faidhul Qadir)

#Walaupun begitu penggajian boleh juga berdasarkan kesepakatan antara pekerja dan majikan sama ada dibayar mengikut harian, mingguan atau bulanan. Ada juga dibayar dalam bentuk sekali gus dan ada juga yang mengikut jam. Oleh itu, jika hal seperti ini sudah disepakati, maka ia hendaklah ditunaikan mengikut kesepakatan tersebut.

BACA:  Sebab Allah Turunkan Gempa Bumi Berlarutan Pada Masa Kini - Ustazah Norhafizah Musa

#Islam sangat menitik beratkan kebajikan seorang pekerja serta memberi peringatan keras terhadap majikan yang menzalimi pekerjanya. Dalam hadis qudsi, Nabi saw meriwayatkan bahawa Allah swt berfirman:

ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ

“Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhKu pada hari Kiamat… (salah satunya ialah) orang yang mempekerjakan orang lain, namun setelah orang tersebut memenuhi tugasnya, upahnya tidak dibayarkan” (HR al-Bukhari dan Ibn Majah)

Seseorang yang bekerja diharuskan mengambil upah. Begitu juga majikan dilarang menzalimi pekerjanya dengan menghalang upah atau memberikan upah yang tidak selayaknya

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.