≡ Menu

Larangan Merokok Di Semua Restoran Dan Premis Berkuatkuasa 1 Januari 2019

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata mulai Disember depan semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Bagaimanapun ketika itu, pihak kementerian masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Hari ini, Dr. Lee berkata cadangan tersebut telah pun diluluskan dan berkuasa awal tahun depan. Arahan akan dikeluarkan di semua restoran dan premis makanan seluruh negara.

BACA:  Wajibkah Menurut Kemahuan Ibu Agar Menceraikan Isteri?

Menurut beliau, arahan ini bukan sahaja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan, tetapi ia turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan tepi jalan.

Tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik premis jika tidak mematuhi peraturan yang terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bersedia dengan bantahan dan reaksi rakyat terutama perokok, beliau berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi apabila melibatkan aspek kesihatan rakyat di Malaysia.

BACA:  Patuhi Tuntutan Agama. Usah Berlebih-Lebihan Meraikan Syawal

Ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Sumber: Siakap Keli

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.