
Waktu solat merupakan waktu yang paling dekat dan sesuai untuk kita memohon kepada Allah, sama ada memohon keampunan, rezeki atau nikmat.
Disebabkan itu, kita dituntut untuk mengambil ruang sejenak selepas menunaikan solat dengan duduk dan berzikir kepada Allah.
Ia adalah sunnah yang sering diamalkan oleh Baginda SAW di antara solat dan doa yang dilakukan.
Jadi, ada beberapa zikir mudah yang boleh diamalkan selepas menunaikan solat. Antaranya:
#1 – Beristighfar kepada Allah
Maksud: “Baginda SAW apabila selesai menunaikan solat, Baginda akan beristighfar sebanyak 3 kali.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1362)

#2 – Berselawat ke atas Rasulullah SAW
#3 – Memperbanyakkan zikir dan bertasbih kepada Allah
Maksud: “Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Akan diampunkan kesalahannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1380)
Ada pelbagai zikir dan ayat Al-Quran yang boleh dilazimi selepas menunaikan solat dan sebelum berdoa kepada Allah.
Ia adalah salah satu cara untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT dan agar segala permintaan kita dimakbulkan.
