≡ Menu

‘Kelibat Lebaga Hitam’ atau ‘Arus Deras’ Punca Tragedi Lombong Puchong?

“Tempat ini (lombong) menjadi tumpuan kaki pancing berhampiran daerah ini kerana banyak ikan,” kata penduduk Taman Putra Perdana di sini, Muhammad Hafiz Ahmad Sabree, 25.

Muhammad Hafiz yang juga peniaga berkata, antara jenis ikan diperoleh pemancing adalah toman dan talapia yang bersaiz besar.

“Orang ramai yang datang ke sini bukan saja memancing, malah bermandi-manda terutama golongan remaja dan kanak-kanak.

“Ketika hari tidak hujan, air hanya paras satu meter,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Zaidi Amin, 36, berkata, ada juga dakwaan daripada kaki pancing yang mengatakan lokasi berkenaan ‘keras’.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Dakwaan itu diketahui semua kaki pancing yang kerap ke lokasi itu. Malah, ada pemancing mendakwa melihat lembaga hitam pada waktu senja.

BACA:  Pelihara Atau Perbaharui. Wudhu Mana Yang Lebih Afdhal?

“Kawasan itu dikenali sebagai pintu air D’Island dalam kalangan penduduk tempatan.

“Pada hari kejadian (kelmarin), ada penduduk yang berada di lokasi mendakwa melihat kelibat lembaga itu di kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, jalan belakang yang digunakan mangsa, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, bersama rakannya adalah laluan biasa dilalui kaki pancing lain.

“Laluan itu bermula dalam Taman Putra Perdana. Di penghujung laluan itu, ada denai kecil yang perlu melalui kawasan dipenuhi pokok petai belalang.

“Selepas kawasan denai itu akan menemui pintu air D’Island (lombong) berkenaan.

“Dalam kes terdahulu yang membabitkan dua lelaki tempatan, operasi menyelamat hanya mengambil masa enam jam. Tapi kali ini, pasukan penyelamat berdepan kesukaran melakukan operasi,” katanya.

BACA:  Jangan Sesekali Membandingkan Kurniaan Allah Kepada Kita. Syukur, Insya'Allah, Allah Akan Beri Lebih Lagi Kepada Kita

Sumber Harian Matro

Lihat Bagaimana Anda Boleh Lemas Jika Terperangkap Dalam ‘Weir Effect’

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita enam pegawai bomba yang terkorban dalam usaha menyelematkan seorang remaja yang lemas. Berita ini bukan sahaja mengundang sebak buat kita di Malaysia, malah turut tular ke seluruh dunia.

Dalam pada itu, muncul pula persoalan bagaimana insiden tersebut mampu berlaku dari sudut sains. Difahamkan semuanya berlaku disebabkan weir effect. Sekiranya benar, amat sukar untuk para mangsa melepaskan diri daripada weir effect kecuali para mendapatkan alat pelampung atau tali bagi menarik mereka keluar daripadanya. Bagi mendapat penjelasan lanjut, anda boleh tonton video ini untuk memahaminya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.