≡ Menu

“Saya Sampai Menangis Dengan Takdir Allah,” Kerana 10 Minit, Lelaki Terselamat Dari Nahas Lion Air

Seorang lelaki yang ketinggalan untuk menaiki pesawat Lion Air JT-610 pada pagi tadi, meluahkan rasa syukur kerana terlepas penerbangan ke Pangkal Pinang.

Tanpa menyedari bahawa penerbangan Lion Air JT-610 terhempas, dia telah menaiki penerbangan seterusnya pada jam 9.40 pagi.

Sony Setiawan yang ditemui pemberita Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Jakarta memberitahu, dia ketinggalan menaiki penerbangan itu kerana lewat tiba di lapangan terbang yang berlepas pada jam 6.10 pagi.

BACA:  Ingatlah Tujuan Sebenar Hidup. Dan Setiap Yang Bernyawa Itu Pasti Akan Menemui Ajal

Setiap minggu pulang ke Pangkal Pinang

Menurut Sony, setiap minggu dia akan pulang ke Pangkal Pinang, kerana rumahnya terletak di Bandung, dan selalunya dia akan memilih penerbangan pada awal pagi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kebiasaannya, dia akan tiba awal ke lapangan terbang bagi memastikan dia tidak terlepas penerbangan, namun entah kenapa pada hari ini keadaan lalu lintas agak sesak, menyebabkan dia tiba lewat dan terlepas penerbangan.

BACA:  Ayah, Ibu, Ketahuilah Perkara Ini Membuatkan Anak-Anak Menderita Dalam Diam

Terlepas penerbangan

Disebabkan terlepas penerbangan, dia membuat keputusan untuk membeli tiket dan mengambil penerbangan seterusnya.

Dia juga menzahirkan rasa simpati dengan bersedih dengan kejadian yang berlaku, kerana enam orang rakannya turut menaiki penerbangan itu.

Sumber: Detik News

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.