≡ Menu

Lemparlah Pasir! Ini Pesan Rasulullah Tentang Bahaya Pujian Yang Melambung!

HUKUM memuji seseorang yang lain adalah harus. Ini berdasarkan dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah: Baginda pernah ditanya bagaimana menurut Baginda tentang seseorang yang melakukan kebaikan lalu orang-orang pun memujinya? Baginda menjawab: itulah khabar gembira yang disegerakan bagi seorang mukmin. – [HR Muslim 4780].

Tidak salah untuk seseorang memuji orang lain akan kebaikan yang dilakukan agar orang yang melakukan kebaikan itu akan terus melakukannya tetapi perlu diingati bahawa ada kalanya pujian itu juga boleh menjadi seperti racun yang membunuh.

Imam Nawawi Rahimahullah apabila meletakkan tajuk dalam kitab mengenai pujian dia meletakkannya sebagai: Bab larangan memuji, sekiranya ia berlaku secara berlebihan serta ditakuti berlakunya fitnah ke atas diri orang yang dipuji.

Larangan memuji secara berlebihan ini terdapat padanya beberapa hikmah. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan bahawa terdapat enam kerosakan yang akan masuk ke dalam pujian terhadap seseorang. Empat keburukan itu kepada orang yang memuji, manakala dua lagi kepada orang yang dipuji.

Kepada orang yang memuji

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Memuji dengan melampau

2. Memuji sehingga boleh merosakkan seseorang

3. Memuji dengan perkara yang bohong

4. Memuji orang yang kita tidak kenali

BACA:  Muazzin Dah Iqamat, Tapi Tengah Solat Sunat. Macam Mana Nak Buat Ni?

Kepada orang yang dipuji

1. Boleh menyebabkan riyak

2. Seseorang akan merasa gembira dan merasa cukup dan berpuas hati dengan apa yang sudah ada pada dirinya.

Imam al-Ghazali apabila menyebutkan beberapa perkara di atas ini beliau berkata:

Adapun sekiranya seseorang itu berasa selamat daripada beberapa keburukan di atas ini, sama ada pada yang memuji atau dipuji, maka tidak ada masalah pada pujian bahkan boleh jadi ia dituntut untuk melakukannya. – (Ihya’ Ulum al-Din 3/233).

Tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang itu ingin memuji dengan penuh keikhlasan dari hati dan memuji disebabkan pekerjaan yang dilakukan. Tetapi jika sekiranya memuji itu untuk hanya kepuasan diri atau untuk mendapatkan sesuatu sehingga boleh merosakkan seseorang maka ia satu perbuatan yang diharamkan dalam syarak.

Sehinggakan Baginda Rasulullah bersabda: Jika kamu melihat seseorang yang terlalu suka memuji maka lemparkanlah pasir di hadapan muka mereka. – [HR Muslim 5323].

Kata Imam Nawawi syarah kepada hadis ini menunjukkan betapa dasyatnya seseorang yang terlalu memuji sehingga perlu dilakukan sedemikian. Ini bererti bukanlah dengan kita melemparkan di wajahnya tetapi hanya dilemparkan di hadapan muka bagi menyatakan bahawa kita semua datangnya daripada tanah yang tidak ada nilai.

BACA:  Ini Rupanya Pemakanan Orang Korea Sehingga Kulit Mereka Berseri-Seri

Ia bertujuan untuk mengelakkan manusia daripada sifat ujub yang membinasakan diri dek kerana tenggelam dengan pujian orang lain.

Perkara yang paling penting untuk dilakukan apabila seseorang itu dipuji terhindar daripada godaan syaitan ialah:

1. Menginsafi diri

2. Memuji Allah dan merasakan bahawa yang paling layak dipuji adalah Allah

3. Memohon perlindungan Allah supaya tidak digoda oleh syaitan dengan mendatangkan sifat riyak

4. Berdoalah seperti mana doa yang disebutkan oleh para alim ulama iaitu: Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.

Tidak salah untuk memuji tetapi berhati-hati dalam pujian kerana ia dapat menjerut seseorang. Sebenarnya penghinaanlah yang membuatkan kita sedar dan memperbaiki diri, jauh lebih baik daripada pujian yang menjadikan lalai dan lupa diri.

Berpada-padalah apabila memuji dan juga berhati-hatilah kepada mereka yang mendapat pujian. Ini kerana yang berhak dipuji adalah Allah yang Maha Hebat lagi Maha Agung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.