≡ Menu

LGBT Bukan Anjuran Islam Dan Budaya Kita. Pemimpin Haruslah Berani Melawan

FILE – In this June 26, 2016, file photo, a woman holds a rainbow flag during the NYC Pride Parade in New York. Young Americans overwhelmingly say they support LGBT rights when it comes to employment, health care and adoption. That’s according to a new GenForward survey, which finds 92 percent of young adults support HIV and AIDs prevention, 90 percent support equal employment, and 80 percent support LGBT adoption. Across ethnic groups, large majorities of Americans aged 18 to 30 favor training police on transgender issues, government support for LGBT youth organizations and insurance coverage for transgender health issues. (AP Photo/Seth Wenig, File)

Banyak kajian telah dilakukan oleh para pengkaji Barat tentang tumbesaran anak-anak yang dibesarkan oleh pasangan sejenis (same-sex couples). Menurut laporan, di Amerika Syarikat semakin ramai pasangan sejenis sama ada berkahwin ataupun tidak, yang mengambil keputusan untuk memiliki anak.

Berdasarkan data yang dilaporkan oleh American Community Survey pada tahun 2011 dianggarkan terdapat sebanyak 605, 472 pasangan sejenis di Amerika Syarikat dan angka ini dijangka terus meningkat memandangkan pandangan umum yang semakin menerima perkahwinan sejenis sebagai hak golongan LGBTQ yang mesti diiktiraf.

Di sinilah letaknya persoalan pokok bahawa benarkah cara hidup yang diamalkan dan giat diperjuangkan oleh kaum LGBTQ itu suatu hak, oleh itu ia wajib diiktiraf? Yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang sebenarnya adalah pemaksaan pandangan ini terhadap semua orang atas alasan ia termasuk dalam perkara yang berkaitan dengan hak asasimanusia dan kebebasan. Pemaksaan itu pula dilakukan secara langsung ataupun tidak langsung. Contoh pemaksaan secara langsung adalah apabila sistem pendidikan dari peringkat rendah sehinggalah pengajian tinggi dijadikan tempat indoktrinasi ideologi LGBTQ.

BACA:  Rimas Terlalu Kerap Sedu, Ketahui Punca Sedu Dan Rawatan Di Rumah

Di sesetengah negara Barat gender seseorang anak itu bukan lagi ditentukan secara biologi sebaliknya diputuskan oleh anak itu sendiri. Bahkan ibu bapa sekalipun tidak berkuasa menghalang sekiranya seseorang anak itu memilih untuk menjalani terapi hormon mengikut gender yang diingininya. Maka di negara-negara berkenaan gender sebenarnya ditentukan oleh ideologi yang menjadi pegangan mereka yang berkuasa dan ideologi itu pula dipaksakan kepada semua orang dengan menggunakan undang-undang dan institusi-institusi negara.

Apabila ideologi ini diangkat menjadi seolah-olahnya suatu agama dan dipegang pula secara taksub oleh sesiapa sahaja yang tidak bersetuju atau menentangnya dianggap sebagai golongan yang sesat dan melampau. Maka timbullah gelaran bigot, fundamentalist, extremist dan homophobic yang dilemparkan kepada para penentang, persis gelaran anti-semitic yangdigunakan sewenang-wenangnya untuk melabelkan semua orang termasuk yang menentang zionisme dan kekejaman rejim zionis.

Persoalannya sekarang bagaimanakah prinsip kebebasan dan hak asasi manusia yang dikatakan sebagai prinsip asas itu sebenarnya diamalkan? Adakah ia hanya terpakai sebagai landasan mengabsahkan ideologi LGBTQ dan tidak terpakai untuk penentangnya? Atau dengan kata lain hanya penyokong LGBTQ yang mempunyai kebebasan dan hak sedangkan penentangnya tidak? Hakikatnya itulah yang sedang kita saksikan di seluruh dunia, apabila penentang ideologi LGBTQ dilabelkan sebagai musuh kebebasan dan hak asasi manusia. Kita dapat saksikan kemunafikan ini dalam hubungan antarabangsa apabila kuasa-kuasa Barat menggunakan pengaruh politik dan ekonomi bagi menekan negara-negara yang lemah supaya menerima nilai-nilai hidup secular liberal seperti yang mereka amalkan. Hakikatnya kebebasan dan hak asasi hanyalah alasan pihak yang kuat dan berkuasa bagi memaksakan kehendak mereka kepada pihak yang lemah dan tiada kuasa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ternyata Barat masih belum meninggalkan tabiat lamanya sebagai bangsa penjajah yang melihat dirinya bukan sahaja sebagai bangsa yang paling maju tetapi juga bertanggungjawab memajukan seluruh umat manusia menurut acuan mereka.

BACA:  Kita Tidak Menghukum, Tetapi Ingatlah Apa Yang Terjadi Pada Kaum Nabi Lut. Nauzubillah

Realiti geopolitik semasa tidak lagi mengizinkan Barat terus lena diulit mimpi lama kerana hari ini Barat bukan lagi paksi dunia, pusat kuasa dunia sudah beralih. Inilah yang cuba disampaikan oleh para pemimpin Afrika kepada kuasa-kuasa Barat yang masih lagi menganggap benua Afrika sebagai tanah jajahan yang selama-lamanya memerlukan tunjuk-ajar mereka.

Dalam suatu temu bual dengan media Barat seorang presiden sebuah negara Afrika telah “menyekolahkan” wartawan yang mempersoalkan tentang tindakannya tidak mengiktiraf hak golongan LGBTQ. Menurutnya, masyarakat Afrika mempunyai nilai dan budaya mereka sendiri, dan mereka tidak berhasrat untuk menggantikannya dengan nilai dan budaya Barat, sebaliknya meminta Barat belajar menghormati orang lain.

Perang Rusia-Ukraine yang sedang berkecamuk sekarang menguatkan lagi keazaman banyak negara dunia, bukan sahaja di Afrika, bahkan juga di Asia dan sebahagian Eropah untuk menamatkan hegemoni Barat terhadap dunia dengan mendokong haluan baharu dunia yang berpaksikan kuasa China dan Rusia. Berkait dengan masalah LGBTQ Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin menegaskan pendirian kerajaannya yang menolak budaya songsang itu demi keutuhan institusi keluarga dan kesejahteraan generasi baharu Rusia. Pendirian ini adalah selaras dengan budaya hidup Rusia yang berakar umbikan agama Kristian Ortodoks manakala umat Islam merupakan golongan minoriti yang signifikan.

Kita dapat lihat bahawa semakin jauh sesebuah negara itu daripada pengaruh kuasa            Barat semakin berani para pemimpinnya menyatakan pendirian mereka dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan dan maruah negara. Agenda LGBTQ tidak mempunyai asas yang mampu dipertahankan secara ilmiah tetapi hanyalah suatu ideologi sampah yang cuba dipaksakan oleh kuasa Barat ke atas seluruh dunia menggunakan tipu helah dan tekanan.    Justeru, keberanian dan kebijaksanaan pemimpin amatlah penting dalam menghadapi cabaran ini. Malangnya, sistem demokrasi tidak berupaya menggalakkan kemunculan pemimpin sedemikian kerana ternyata yang muncul bukanlah pemimpin tetapi sebaliknya lebih tepat dipanggil pengikut. Mereka berada ditempat yang diduduki bukan kerana prisip yang diperjuangkan tetapi kerana kesanggupan berkompromi demi populariti. Pemimpin sedemikian hanya akan menjadi pengikut kepada telunjuk asing dan akhirnya menjerumuskan negara ke arah kebinasaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.