≡ Menu

“Macamlah Menteri Agama Ni Bodoh Sangat, Tiada Agama,” – Dato Dr. Mujahid

Dato Dr. Mujahid dalam satu kenyataan semasa Persidangan Meja Bulat Falsafah & Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin meluahkan rasa kesal apabila terdapat golongan agamawan yang memberi pandangan melulu terhadap isu serbuan khalwat baru-baru ini tanpa sebarang mendapatkan penjelasan yang jelas.

Mujahid menambah, pihak yang kritik seharusnya mendengar penjelasan daripada mulut beliau sendiri sebelum memberi ulasan negatif.

Dalam pada itu, beliau turut menegur netizen supaya tidak terlalu cepat menghukum serta memaki hamun tanpa usul periksa.

“Mereka ini tidak tengok transkrip secara penuh. Kemudian, dia hanya ambil headlines lalu memaki hamun dah cerca. Macamlah Menteri agama ni bodoh sangat, macamlah Menteri agama ni takda agama dalam diri dia.”

BACA:  5 Keadaan Rumah Ini Menjadi Punca Penyakit Kanser. Awaslah

“Saya tidak pernah menyebut isu kononnya (operasi cegah khalwat) dihentikan pada waktu malam tidak diketuk pintu. Itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan-kenyataan saya, sila rujuk kepada interview di dalamnya yang lebih tepat kepada maksud yang ingin sampaikan,” katanya memetik laporan berita TV Alhijrah pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tuduhan serta sindiran sesetengah pihak bahawa beliau membenarkan maksiat dan perbuatan khalwat malah Mujahid berkata perbuatan itu dilihat satu bentuk manipuslasi terhadap kenyataanya sebelum ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pada Sabtu, kecoh apabila tersiar laporan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawa agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti yang menyalahi ajaran Islam.

BACA:  Jangan Sesekali Masukkan Pakaian Bernajis Di Dalam Mesin Basuh. Jangan Ambil Mudah

Mujahid bagaimanapun menegaskan beliau akan menjelaskan kenyataannya berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat, Isnin ini.

Sumber: KiniTV / Siakap Keli

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.