
Namun, sekiranya anda tidak pernah membaca berita tular tersebut saya kongsikan seba sedikit mengenai berita tersebut. Menurut sumber tular tersebut, katanya pasukan penyelidik Princeton mengkaji kesan ke atas makanan yang disimpan di dalam peti ais yang ditampal magnet hiasan dan juga makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tanpa magnet. Makanan ini kemudiannya diberi makan kepada tikus makmal selama beberapa bulan. Hasil daripada kajian ini mendapati tikus yang memakan makanan yang diletakkan magnet hiasan terdedah kepada 87% lebih tinggi kebarangkalian untuk mendapat kanser.
Magnet mengeluarkan radiasi?
Magnet yang digunakan di peti sejuk merupakan magnet kekal. Magnet kekal adalah selamat dan tidak mengeluarkan sebarang radiasi elektromagnet. Sebaliknya magnet kekal hanya dikelilingi oleh medan magnet yang lemah.
Apa itu medan magnet?
Medan magnet merupakan kawasan dimana kutub mengalami daya tolakan dan daya tarikan. Kutub magnet terbahagi kepada dua iaitu, utara dan selatan. Pada bahagian kutub utara magnet daya yang terhasil di sekitarnya merupakan daya tolakan. Manakala, pada bahagian kutub selatan magnet pula terdapat daya tarikan di sekitarnya.
Sejauh mana keupayaan daya medan magnet?
Daya magnet yang berada di sekeliling magnet tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebaliknya ia boleh dirasai dan digambarkan dengan meletakkan objek yang berupa besi menghampiri magnet. Jika pada suatu jarak yang jauh dari magnet objek besi tersebut tidak tertarik maka ia berada diluar kawasan medan magnet. Manakala, apabila besi dibawa mendekati dan berlaku tarikan maka objek tersebut berada dalam medan magnet sekaligus objek tersebut telah dikenakan daya tarikan. Maka, objek akan tertarik.
Persoalannya, adakah makanan dalam peti sejuk terdedah kepada medan magnet hiasan yang diletakkan pada pintu peti?

Jawapannya, sudah tentu tidak. Hal ini kerana, daya pada medan magnet tidak mampu pun untuk menembusi pintu peti apatah lagi untuk meninggal kan kesan pada makanan. Bukti medan magnet pada magnet hiasan sangat lemah dapat dijelaskan dengan tindakan menutup pintu peti sejuk dengan kuat yang akan menjadikan magnet jatuh sekaligus membuktikan daya pada medan magnet tersebut adalah lemah.
Adakah magnet hiasan selamat?
Sehingga kini belum ada kajian yang dijalankan yang dapat membuktikan medan magnet adalah berbahaya kepada kesihatan. Maka adalah tidak perlu untuk berasa risau. Selain itu, magnet sebenarnya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Sebagai contoh magnet digunakan dalam mesin MRI.
Namun, apa itu mesin MRI? MRI membawa maksud Magnetic Resonance Imaging atau dalam bahasa melayunya, Pengimejan Resonans Magnet. MRI menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej komputer berbentuk 3 dimensi. MRI digunakan untuk mengesan kanser, ketumbuhan serta kecacatan pada organ. Secara logiknya, disebabkan magnet digunakan secara meluas untuk mengesan kanser dan sekiranya magnet sendiri memnyebabkan kanser sudah pasti para pengamal perubatan akan menghentikan penggunaan mesin MRI ini.
Adakah perlu untuk mengelak daripada menampal magnet hisan?
Sudah tentu anda tidak perlu mengelakkan diri menampal magnet hiasan pada peti. Sekiranya anda ingin menanggalkan magnet hiasan pada peti sekalipun masih lagi terdapat magnet pada peti yang tidak dapat anda buang. Ya, terdapat magnet dipasang pada pintu peti anda untuk melekatkan pintu peti sekaligus melindungi makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk.
Kesimpulan
Hasil kajian daripada Princeton Universiti yang ditularkan adalah tidak benar kerana tiada ada pun kajian yang dilakukan sebagaimana di tularkan. Anda juga tidak perlu meninggalkan hobi mengumpul magnet hiasan yang ditampal di peti kerana magnet tidak menghasil kan sebarang radiasi. Magnet cuma mempunyai medan magnet dan medan magnet kekal tersebut juga adalah lemah.
