≡ Menu

‘Mak Kini Sedang Melangkah Ke Syurga’, – Kisah Pemergian Wanita Yang Di Cemburui Oleh Umat Islam

Hajat seorang warga emas untuk ‘pergi’ di Tanah Suci Mekah termakbul ketika dia menunaikan umrah, semalam. Siti Faridah Ahmad yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah (taman-taman syurga) , Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan.

Arwah bersama kumpulan jemaah wanita baharu sahaja turun dari tempat penginapan dan sedang melangkah menuju ke Raudhah di Masjid Nabawi sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia jam 9 pagi waktu tempatan atau kira-kira jam 3.30 pagi waktu Malaysia.

Inilah gambar terakhir dihantar oleh arwah kepada anaknya melalui Whatsapp untuk hari-hari terakhir sebelum dijemput Illahi di Raudhah.

Menurut anak allahyarham, Noor Hashimah Sabdin, 33 tahun, arwah maknya pernah memasang niat untuk meninggal dunia di Tanah Suci Makkah atau Madinah dan tidak hairanlah, mak selalu pergi menunaikan umrah saban tahun jika diberi kesempatan.

“Arwah mak sudah 12 kali tunaikan umrah. Malah mak seperti tahu bahawa umrahnya kali ini dia tidak pulang seperti mana biasa. Arwah mak siap berpesan :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kalau mak meninggal, mak dah siapkan semua kelengkapan mak, ambil ja dalam beg ni, telekung semua mak dah siap.

“Pada semua anak-anak dia berpesan begitu. Ambil saja dalam beg ini. Telekung semua mak dah siapkan,”kata Noor Hashimah yang menetap di Permatang Keratong, Kota Kuala Muda Kedah dan memaklumkan itu antara pesanan diberi arwah sebelum pergi menunaikan umrah.

Tambahnya lagi, perasaan sedih itu menyelubungi dirinya dan adik-adik saat dimaklumkan oleh Ustaz Nurulaswar Nasron iaitu mutawwif yang menguruskan keperluan kumpulan umrah yang memaklumkan kejadian ini namun redha dengan semua ketetapan Allah.

Tambah Noor Hashimah

“Raudhah tu taman-taman syurga. Walaupun sedih tapi pemergian arwah mak sangat dicemburui. Mak meninggal di tempat yang diinginkan semua orang iaitu di Raudhah bersebelahan Makam Nabi Muhammad SAW. Anggota jemaahnya memaklumkan mak terjatuh masa melangkah ke Raudhah. Anak-anak mak doakan, mak kini sedang melangkah ke syurga dan bersama orang beriman, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hashimah menjelaskan, arwah maknya pernah berkata kepada rakan sekampung bahawa kalau boleh dia ingin meninggal dunia di Makkah atau Madinah.

BACA:  Bukan ke Mekah, Sejuta Warga Iran Ini “Berhaji” di Karbala

“Jadi bila peristiwa kematian ini terjadi, maka terkabullah hajat mak.

“Seluruh ahli keluarga bersedih tapi jauh di sudut hati rasa amat bersyukur sebab mak dijemput Illahi di tempat paling suci iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.

“Mak pesan pada abang (anak sulung) sebelum bertolak supaya jaga adik-adik, kami semua lima beradik dan adik bongsu dah meninggal dunia pada 2014. Arwah ayah pun dah meninggal tiga tahun lepas, sejak itu, saya duduk dengan mak.

“Bila arwah mak tiada, rasa sangat kehilangan, kami tahu dia pergi umrah macam biasa, macam tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali, dia pergi buat selama-lamanya. Moga Allah terima mak, terima segala amalan mak, Insya Allah,” katanya.

*** (Gambar) Beginilah keadaan di Raudhah yang menjadi dambaan jutaan umat Islamu untuk solat seketika di dalamnya. Bersebelahan Raudahah ialah Makam Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah.. Saya dah selamat menguruskan jenazah allahyarhamah Mak Lang Hjh Faridah. Banyak prosedur yang perlu dilakukan. Namun ianya memberi pengalaman yang sangat berharga buat diriku.

Saya dibantu oleh Ustaz Fitri (Pettani) yang ke hulu ke hilir dalam memastikan arwah dapat cepat disimpan di perkuburan baqi’..

Kami berdua mulanya ke pejabat muassasah bagi melaporkan mengenai kematian Arwah. Kemudian kembali ke hospital al ansar semula setelah mendapat surat pemakluman dari pihak muassasah..

Setelah itu kembali ke muassasah setelah beberpa dokumen perlu disediakan. Yang paling mustahak ialah surat dari pihak waris bersetuju dan membenarkan arwah di simpan di kota madinah.

Setelah doa dari kalian semua para jemaah Alhamdulillah pihak Kerajaan (Masjid nabawi) telah memberi kebenaran untuk simpan di perkuburan baqi’..

Dapat surat tu, kena ke muassasah lagi.. Dapat surat untuk sahkan kata waris benar simpan di madinah..

Terus ke balai polis madinah untuk kebenaran atau permit mengubur di masjid nabawi. Part ini lambat sedikit..

Dah dapat surat dari balai polis, terus ke masjid bir ali (tempat miqat) untuk tujuan pengecaman jenazah.. Alhamdulillah dah ok..

Tunggu ambulans untuk di bawa ke masjid nabawi.. Mandi di masjid nabawi dan solat di sini..

Arwah dapat katil no 15.. Jadi saya dah info kat group jemaah yang lain termasuk group ustaz hj ramli untuk ramai ramai turun..

Alhamdulillah.. Dapat jugak arwah disolatkan selepas solat asar..

Saya dah cuba yang terbaik bagi menguruskan keperluan arwah mak lang di sini.

Coretan ini saya nukilkan untuk semua kerana demi Allah sesungguhnya saya sangat mencemburui wanita ini tika akhir hayatnya dalam perjalanan menuju raudhah.

Lembut tutur bicara nya.

Benarlah janji Allah.

Tinggallah maklang di sini bersma lebih 100 ribu para syuhada dan sahabat nabi. Berbahagialah Mak Lang di sini..

Mak Lang, esok… kami semua akan pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yang masih berbaki. Pasti cerita ini akan membuatkan kami mengalirkan setitis air yang jernih dari kelopak mata kami..

Mak Lang, rehat dulu ya… Izinkan saya berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan di Malaysia.. Terima kasih Mak Lang..

Moga satu hari nanti kita akan diketemukan dalam sebuah mahligai yang indah di syurga..

Ustaz Hj Nurul Aswar Nasron
Madinah al.munawwarah
3 Disember 2018
1210..

Sumber : Sinar HarianNurulaswar Nasron via Remaja

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.