≡ Menu

Makanan Yang Patut Dielakkan Selepas Pembedahan Membuang Batu Karang. Ambil Tahu

SOALAN
SAYA baru sahaja selesai menjalani pembedahan secara laparoskopik membuang batu di dalam hempedu pada minggu lalu. Justeru, dari segi pemakanan boleh doktor kongsikan jenis makanan yang harus diamalkan dan dielakkan?

Ini disebabkan hasil pembacaan saya mengatakan, individu yang tiada hempedu akan kerap membuang air besar selepas menikmati makanan berminyak atau santan khususnya. Selain itu, bagaimana pula dengan aktiviti
harian?

JAWAPAN
Individu yang perlu membuang hempedu tidak mempunyai risiko penyakit lain kecuali mengalami masalah penghadaman untuk makanan berlemak dan berminyak termasuk masalah cirit dalam tempoh jangka masa pendek.

BACA:  10 Jenis Baki Makanan Yang Bahaya Dipanaskan Semula

Keadaan tersebut adalah berkait rapat dengan proses penghadaman melibatkan minyak dan lemak.

Bagaimanapun, risiko pada dua masalah terbabit sangat rendah bersamaan kurang daripada 10 peratus dan tidak sukar untuk mengendalikannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pesakit hanya perlu menukar corak pemakanan dengan mengurangkan makanan berminyak dan berlemak, sebaliknya mengamalkan diet sihat dan seimbang.

Secara tidak langsung, pemakanan seumpama itu membantu mencegah penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

BACA:  Bagi Yang Tak Pernah Cuba, Ini Manfaat Ikan Salmon Kepada Kesihatan

Menyentuh mengenai soalan seterusnya, meskipun sudah menjalani pembedahan membuang hempedu secara laparoskopik, dari segi rutin harian ia tidak banyak berubah.

Pesakit digalakkan menjalani aktiviti yang aktif seperti biasa selepas sembuh daripada luka jahitan dan kembali bertenaga. Paling utama, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak.

Sementara itu, bagi pesakit obsesiti pula, anda dinasihatkan mengambil langkah proaktif mengurangkan berat badan secara sihat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.