≡ Menu

Makkah Diserang Ribuan Cengkerik, Al-Quran Sudah Buktikan Kejadian Ini Melalui Surah Al-A’araf


Kecoh di media sosial bahawa Kota Makkah dan Madinah diserang ribuan cengkerik. Malah pihak berkuasa Arab Saudi juga sudah melakukan kerja pembersihan termasuk menyembur asap untuk membasmi kejadian ini.

Dapat dilihat ribuan cengkerik berterbangan dan mati selepas disembur asap. Malah lebih teruk cengkerik-cengkerik ini dilihat hinggap di badan jemaah sehingga memenuhi tubuh mereka.

Selepas tersebar luas, ada yang mengaitkan kejadian ini dengan bibit-bibit kerosakan yang dibawa masuk ke Semenanjung Arab termasuk negara Timur Tengah dengan adanya tarian melampau, judi dan sebagainya.

Sebagai manusia kerdil, ternyata Allah sudah menurunkan ayat al-Quran sejak 1400 tahun dahulu seperti dinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 133 yang membawa maksud:

“Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Malah surah ini turut dikaitkan dengan kesombongan yang dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu termasuk Kaum Nabi Musa yang enggan tunduk kepada kekuasaan Allah. Namun selepas diturunkan bala,

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

BACA:  10 Ganjaran Allah Untuk Yang Gemar Ke Masjid. Subhanallah

Adakah ini bukti bahawa kita kaum yang masih degil biar sudah banyak petanda demi petanda dunia sudah di akhir zaman namun kita masih lagi leka dengan segala kebendaan?

Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah Suci Makkah berkaitan serangan ribuan cengkerik ini.

Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial. Iaitu video yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota Makkah Assyarif.

Majlis Perbandaran Kota Suci Makkah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:

Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam (cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.

BACA:  “Agama bukan periuk nasi” Respon Menteri Tentang Isu Penceramah Didakwa Disekat Masuk TV dan Radio

Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.


Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.

Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup

Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram assyarif khususnya di bahagian yang bernama Al Qusyasyiyyah.

Arahan ini telah dikeluarkan daripada pemerintah umum hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Maka sesungguhnya, pihak berwajib telah berjaya menangani masaalah ini dengan mengerahkan segala tenaga dan usaha mereka. Bergantung pada kemampuan yang mereka miliki sebagai menjaga kesucian tanah haram ini.

Ia menjadi bukti pantas dan segeranya perlaksanaan ini dilakukan serta-merta bagi membasmi serangga serangga ini agar bisa menjaminkan keamanan dan keselamatan ke atas pengunjung tetamu tetamu Allah di Baitullah.

Sekian, Wallahualam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.