Tahukah mandian air sejuk lebih bagus berbanding air panas?
Bukan penulis memandai-mandai tapi kajian dan sains mengatakan kulit wajah kamu akan berubah bertambah baik jika mengamalkan mandian air sejuk.
Selain memberikan tenaga dan membangunkan kita pada waktu pagi, ternyata mandi dengan air sejuk mempunyai sejumlah manfaat kecantikan yang selama ini dipandang enteng.
Pancuran air sejuk atau sedikit sejuk adalah trik kecantikan mudah yang boleh memberi kesan luar biasa pada kulit.
Kulit lebih sihat dan bercahaya
Air sejuk membantu meningkatkan peredaran darah. Untuk wajah pula, ini mungkin memberi kesan berseri dan kelihatan lebih sihat. Anda tidak perlu terlalu lama dalam keadaan sejuk, mandian dengan air sejuk atau suam-suam suku cukup untuk menyihatkan kulit.
Mencegah penuaan kulit
Kebiasaan mandi air sejuk setiap hari membantu kulit kekal lebih muda. Air sejuk mengaktifkan sistem saraf anda, dan tubuh mengeluarkan hormon dan bahan kimia di otak yang melawan tekanan.
Kajian menunjukkan bahawa tekanan psikologi mempunyai kesan langsung pada penuaan kulit dan memberi kesan negatif kepada banyak sistem di dalam badan.
Mengetatkan liang pori
Air sejuk mengurangkan penampilan liang pori. Ia membantu memberi kesegaran pada wajah dan meningkatkan kecerahan kulit. Kerana air sejuk dapat menyebabkan memanpatkan saluran darah, wajah mungkin kelihatan tidak bengkak atau merah lagi.
Melegakan ketidakselesaan pada kulit
Walaupun pancuran air panas memberi kesan pada kulit, menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, bahkan mengelupas, air sejuk pula sebaliknya. Bagi yang mengalami kulit gatal, pancuran air sejuk dapat membantu mengatasi sensasi untuk menggaru.
Menyejukkan kulit dengan mandian air sejuk juga dapat membantu mengurangkan rasa gatal yang disebabkan oleh psoriasis.
Mencegah keadaan kulit yang berkaitan dengan tekanan
Mandi air sejuk menghantar sejumlah besar impulse elektrik ke otak dan merangsang pembebasan ‘hormon gembira’ atau endorfin. Apabila bahan kimia ini dilepaskan oleh tubuh, tahap tekanan menurun dan anda tidak akan mengalami banyak masalah kulit seperti jerawat, psoriasis, dan dermatitis.
Jadi kepada anda semua, mula amalkan mandian air sejuk untuk mendapat manfaat lumayan ini.
Selamat Beramal!